Saturday, 26 April 2014

Aku Kau Dan Dia

Bab 3


" Imran, awat hang dok terhegeh-hegeh dalam bilik tu? Bersiap macam orang puan. Orang puan pun tak bersiap lambat macam hang ni. Majlis depa tu mulai pukul 8.30 malam. Lah ni dah pukui 8.15 malam, satgi da nak mulai nohh."


Dari tadi Makcik Leha tidak henti-henti membebel. Anak terunanya itu mengambil masa yang agak lama untuk bersiap. Bukan ke jamuan 'high-class' mana pun. Setakat majlis hari lahir jiran sebelah pintu . Selalunya, Imran Qaliff beringkas sahaja bila bersiap tetapi berlainan pula pada malam ini. Sudah jenuh Makcik Leha dan Pakcik Omar menunggu. Hampir sejam lamanya mereka menanti di ruang tamu kecil di tingkat dua kediaman mereka. Menunggu Imran bersiap macam menanti buah durian gugur ke bumi sebelum musimnya. Entah apa lah yang di buatnya dalam bilik tu, Makcik Leha tertanya-tanya sendiri.


Setelah penat menanti dan mulut pun sudah letih mengomel, akhirnya Imran Qaliff keluar dari biliknya. Terlopong mulut Makcik Leha melihat satu-satu anak bujangnya itu. Dia meneliti Imran dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mata Makcik Leha terbeliak. Pakcik Omar hanya mampu mengelengkan kepala.


" Ya Allah, Imran oii! Hang ni nak pi majlis hari lahir ke hang nak pi menikah? Awat hang pakai lagu tu? Siap bertanjak, berkeris bagai? Adoi Imran.. hang jangan nak dok malukan mak dan pak hang ni. "

Makcik Leha bersuara sambil memicit- micit kepalanya yang telah terselindung disebalik tudung .


" Dak aihh. Mana ada malu?  Im tengok elok jer Im pakai lagu ni. Apa salahnya kalau Im pakai baju melayu ni? Makin teserlah  kesegakkan anak mak ni tau. Mak patut bangga dengan Im. Im lah satu-satunya lelaki melayu terakhir yang masih wujud lagi dalam dunia ni. Betuih tak, pak?"


Pakcik Omar menggangukkan kepalanya tanda mengiakan kata-kata Imran. Dia tersengih menampakkan barisan giginya. Macam buat iklan ubat gigi tak berbayar pula gayanya.


" Yang abang duk tersengih macam kerang busuk tu pasai apa? Udah-udah ler tu Imran. Mak malu hang pakai lagu ni pi majlis orang. Lah ni, hang pi masuk semula dalam bilik hang. Hang pi tukaq baju yang lebih sesuai sikit nohh. Mak tak kira, Hang pi tukaq sekarang!"


Imran Qaliff terdiam seketika, memandang Makcik Leha dan Pakcik Imran silih berganti. Meremang bulu roma Imran apabila direnung tajam oleh si emak. Pakcik Omar hanya menjongketkan bahu. Perlahan Imran mengatur langkah menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik tetamu. Dia berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik yang sudah tertutup rapat. Dia menoleh ke belakang. Dilihatnya Makcik Leha masih merenung tajam tetapi kali ini sudah ada senyuman yang terukir dibibir tua wanita itu. Imran memusingkan kepala ke hadapan semula.


' Satu... dua... TIGA!! ' 

Imran berteriak perlahan, hanya mampu didengari oleh dirinya sendiri.


" Imran Qaliff!! Hang nak pi mana tu?!! "


Terkejut Makcik Leha melihat Imran Qaliff mencicit menuruni anak tangga dan kemudiannya hilang dari pandangan. Di sangkanya  Imran akan menuruti arahan yang diberinya beberapa saat tadi tetapi sangkaannya meleset. Makcik Leha mengurut dada. Turun naik nafasnya menahan marah.


Imran Qaliff, walaupun umurnya sudah menjangkau 27 tahun tetapi perangainya persis anak kecil. Nakal dan manjanya tidak mengenal tempat. Namanya juga nak tunggal. Sejak lahir, Imran ditatang bagai minyak yang penuh. Segala permintaaan Imran dituruti tanpa banyak bantahan. Namun harus di akui, senakal mana pun Imran Qaliff, dia sebenarnya seorang anak yang baik. Taat pada perintah Allah, dan menghormati mereka yang lebih tua darinya. Keperluan sendiri diketepikan, keperluan orang lain di dahulukan. Imran Qaliff selalu berusaha menggembirakan hati orang-orang disekelilingnya. Ramai kenalan Makcik Leha dan Pakcik Omar memuji Imran bukan hanya kerana ketampanan lelaki itu tetapi juga kerana kemuliaan hati budi Imran lantas membuatkan pasangan tua itu boleh tersenyum bangga.


" Udah lah tu Leha. Biaq pi kat dia la baju lagu mana pun dia nak pakai. Imran bukannya budaq kecil yang boleh kita suruh-suruh lagi. Dia dah besaq. Biaq lah dia nak pakai apa pun. Bukan dia bugil. Abang tengok elok saja dia pakai lagu tu.  Kacak dan segak, mewarisi ketampanan abang masa muda-muda dulu. "


Pakcik Omar yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. Makcik Leha mencebik.

'
 Dah mula da orang tua ni. ' desisnya dalam hati.


" Awak dulu pun dak lalu nak makan sebab angaukan abang. Tiap-tiap malam hang termimpi-mimpikan abang. Terjerit-jeritakan nama abang dalam tidoq hang. Bukan hang tak tau, dulu ramai anak-anak dara, mak-mak dara,  malah nenek-nenek dara pun ada yang tergila-gilakan abang nohh tapi hang jugak lah yang abang mau. Untung hang Cik Leha oiii. Dapat bersuamikan hero Malaya lagu  ni. " sambung Pakcik Omar sambil tergelak kecil Tersengih orang tua itu melihat isterinya yang sedang menjelingnya tajam.


" Hang ni, dah berapa banyak kali abang habaq jangan jelling abang lagu tu.  Hang saja nak goda abang kan? Kalau hang berkehendak, masih sempat lagi ni. "


" Ish orang tua ni. Menjadi-jadi pulaq dia. Dah lah jom pi. Majlis potong kek tu nak mulai. Satni terlepas menengok Zayyid tu potong kek, awak yang saya potong-potong kerat 14. "


Makcik Leha mengambil bag tangannya yang berada diatas meja lalu bergerak menuruni tangga rumah mereka. Pakcik Omar mengikutinya dari belakang.


' Amboi.. ganaih benaq bini aku ni. Tapi tak apa aihh.. I loike! '





Kediaman Villa tiga tingkat milik Dato Qamarul dan Datin Raisyah terang benderang bermandikan cahaya lampu. Suasana riuh rendah dengan kehadiran para tetamu. Bukan calang-calang orang yang hadir pada malam ini. Tetamu jemputan terdiri dari daripada golongan orang-orang ternama, orang koporat, ahli niaga yang termasyur di  serata Malaysia. Kelihatan beberapa artis terkenal yang dijemput untuk meraihkan ulang tahun Zayyid Hakimi yang ke 29 tahun.


Datin Raisyah sedang sibuk melayani kerenah mak datin-mak datin yang merupakan pelanggan tetap Spa@Raisyah. Dato Qamarul pula ligat bersembang dengan beberapa orang rakan niaganya. Nampak gaya seperti mereka sedang membincangkan projek terbaru Qamarul & Co. Namanya juga ahli perniagaan. Berbincang soal bisnes tak mengira tempat dan waktu.


Zayyid Hakimi pula sedang ligat memerhatikan para tetamu yang sudah mula membanjiri Villa Seri Indah. Sesekali dia akan menyapa beberapa orang yang dikenalinya sebelum kembali duduk seorang diri diatas buaian yang terletak di taman milik keluarganya itu. Zayyid tidak gemarkan suasana yang kecoh seperti ini. Dia bukan seorang yang sombong tetapi dia kurang arif melayan mereka yang mempunyai pengaruh hebat dalam dunia koporat. Lagipula, Zayyid baru sahaja mula menapak dalam bidang berniagaan. Dia bagaikan anak kecil yang baru bertatih, berlatih untuk berjalan. Banyak benda yang harus dipelajarinya. Dia sebenarnya tidak berminat tetapi setelah didesak oleh Dato Qamarul, terpaksalah dia mengikut telunjuk abangnya itu. Kata Dato Qamarul, Zayyid bakal mewarisi Qamarul & Co bila dia bersara kelak.


Sedang asyik memerhatikan gelagat orang-orang disekeliling, Zayyid tersenyum apabila matanya terpandang sesuatu.


" Ya Allah, Ana.. Besarnya rumah Encik Zayyid kita ini. Cantikkan? Lengkap dengan kolam renang. Ada taman lagi. Bestnya!! "


Dhia dan Ariana teruja melihat kediaman yang tersergam indah dihadapan mereka. Ini lah kali pertama mereka menjejakan kaki ke rumah besar lagi cantik bak istana raja seperti itu. Maklumlah, Ariana mahupun Dhia berasal dari kampung. Terasa kerdil pula jika hendak dibandingkan diri mereka dengan para tetamu yang hadir pada malam ini. Rasa malu bila ada mata yang memerhartikan diri mereka. Tak kurang pula yang berbisik sesama sendiri sambil melemparkan senyuman sinis kepada dua teman baik itu.


" Dhia, aku rasa tak sedap hati lah Dia orang tengk kita semacam jer, Jom lah kita balik, "


" Alah... dah sampai sini takkan nak balik kut. Nanti apa pula kata Encik Zayyid. Biarkan jer lah dia orang tu, Ana. "

 Dhia sudah memandang Ariana dengan riak tidak puas hati. Ariana selalu menitik beratkan pandangan orang lain terhadap dirinya sehingga mendatangkan tekanan pada dirinya sendiri. Berlainan pula dengan sahabat baiknya itu, Dhia lebih sempoi dan releks. Lantak lah apa orang nak kata sekalipun, janji dia tak ganggu hidup orang lain.


" Kau tak nampak ke dia orang tu sedang ketawakan kita, mengata kita. Aku malu. Kalau kau tak nak balik, kau duduk jer lah kat sini sorang-sorang. Aku nak balik."


Ariana berpaling ke belakang. Dia mahu segera beredar dari situ. Sakit telinganya mendengar cemuhan serta ketawa sinis tetamu majikannya.


" Opps maaf..."


Hampir-hampir Ariana terpeluk susuk tubuh sedang berdiri tegak dibelakangnya. Anak mata mereka bersatu. Degupan jantung Ariana berdetik tidak sekata. Dengan pantas Ariana mengundur ke belakang sedikit. Zayyid pula melepaskan tangannya yang sedari tadi sedap memeluk pinggang ramping gadis itu.


' Sumpah tak sengaja! ' Zayyid berkata dalam hati.


Muka Ariana yang putih bertukar kemerah-merahan akibat menahan malu yang teramat sangat. Dia perasan Zayyid masih memerhatikannya. Lantas, wajahnya ditundukkan memandang ke lantai jalan.


" Lantai jalan tu lagi handsome dari saya ke? Dari tadi awak asyik pandang bawah saja. Rugi tau tak nak tengok muka saya yang macho ni. "


Dhia, yang berdiri disebelah Ariana sudah tergelak kecil. Ariana menyiku lembut lengan sahabat baiknya itu, kemudian dia mendongakkan  wajahnya untuk memandang Zayyid yang sudah pun tersengih macam kerang busuk. Dia ralit memandang bosnya yang berpakaian tuxedo hitam serta bow-tie warna yang sama. Ada setangkai bunga putih terselit cantik pada saku di bahagian dada tuxedo Zayyid Hakimi. Rambutnya yang ikal di sikat rapi. Sungguh kacak.


Zayyid pula kaku melihat keayuan yang begitu teserlah dihadapan matanya. Ariana Imani mengenakan sepasang baju kurung berwarna merah jambu. Di gayakan dengan tudung Fareeda berwarna sedondon. Wajahnya tetap kelihatan cantik walau tanpa alat solek yang melekat pada kulit mukanya. Kecantikkan yang semula jadi.


" Ehem-ehem.."


Zayyid dan Arian tersentak dari lamunan masing-masing apabila terdengar suara orang berdeham. Ariana menoleh ke arah Dhia manakala Zayyid pula memandang ke arah yang berlainan, cuba menenangkan perasaannya.


" Zayyid, jom ke dewan besar. Tetamu semua sudah menunggu disitu. Bawa teman-teman kamu tu sekali." Datin Raisya menegur seraya tersenyum manis kepada Ariana dan Dhia.


" Silakan..."

Zayyid Hakimi bergerak menuju ke dewan besar diikuti dengan Ariana dan Dhia. Dia kemudian memperlahankan langkahnya untuk beriringan dengan kedua gadis itu. Dia mengerling  sekilas kearah Dhia. Gadis itu tidak kurang cantiknya tetapi hati Zayyid telah terdahulu terpaut pada Ariana Imani.


Sebaik sahaja mereka menjejakan kaki ke dalam dewan, tiba-tiba suasana menjadi gelap-gelita. Lampu-lampu utama telah dimatikan. Kemudian, satu persatu pelita-pelita kecil yang diletakkan di setiap penjuru dewan itu dinyalakan. Keadaan sekeliling bercahaya sedikit. Zayyid Hakimi terdengar suara seseorang seolah-olah sedang bernyanyi. Dalam kesamaran cahaya lampu, kakinya mengatur langkah perlahan menuju kearah suara itu.


" Happy Birthday To You...
  Happy Birthday To You...
  Happy Birthday To Zayyid Hakimi...
  Happy Birthday To You... "


Langkah kaki Zayyid terhenti. Cahaya lilin pada kek yang sedang dipegang oleh gadis itu membolehkan Zayyid melihat dengan lebih jelas lagi pada sang punya suara yang mendendangkan lagu hari lahir untuknya. Cukup merdu bak buluh perindu membuatkan Zayyid terpukau seketika.


" Before you blow out those candles, make a wish."


Rindunya Zayyid pada seraut wajah itu tidak dapat ditepis lagi. Wajah yang telah membuatkan dirinya hanyut ditengelami dunia khayalan buat bertahun-tahun lamanya. Zayyid memejamkan mata sebelum menundukkan sedikit wajahnya untuk meniup lilin-lilin yang bercahaya indah diatas kek hari lahirnya itu.


Kek sudah bertukar tangan. Zayyid meletakan kek itu di atas sebuah meja bulat yang terletak disebelah lelaki itu. Pandanganya beralih semula kearah gadis yang sering kali membuat tidur malamnya tidak lena.


" Bila sayang balik? Kenapa tak beritahu abang? Boleh abang jemput sayang di airport tadi." tanya Zayyid berbaur rajuk.


Gadis itu tersenyum. Pantas tangannya memaut mesra lengan Zayyid. Jari jemari mereka disatukan. Erat dan rapat, sebelum kepalanya melentok manja di bahu lelaki itu.


" Saja nak bagi surprise kat abang. By the way, apa yang abang wish tadi?"
tanya gadis itu sambil mengangkatkan kepalanya sedikit untuk memandang Zayyid.


Zayyid Hakimi tersenyum. Dia mencuit lembut hidung insan yang amat disayangi itu.


" Takkan nak beritahu pulak. Nanti wish abang tak jadi kenyataan."


" Alahh.. boleh lah baby. "
gadis itu merengek manja membuatkan Zayyid tergelak kecil.


" Tak boleh, sayang..."


" Kedekut. Tak nak beritahu sudah."


Dia meleraikan jari jemarinya pada gengaman tangan Zayyid. Baru sahaja dia ingin pergi meninggalkan lelaki itu, Zayyid dengan pantas memaut lengannya, membuatkan langkahnya terhenti.


" Kuat merajuk sayang abang ni. Betul sayang nak tahu?"


Dia menoleh memandang Zayyid semula. Kepalanya di anggukkan berkali-kali.


" Tak menyesal?" tanya Zayyid lagi inginkan kepastian.


Gadis itu meletakan kedua-dua tangannya pada bahu Zayyid. Jejarinya dikuncikan pada batang leher lelaki itu. Sepontan tangan Zayyid merangkul pinggang si comel yang sedang merenungnya manja.


" Sikit pun tidak.."


" Well, my wish is to make u my one and only because only you can complete me. You came into my life, beautify my world with your love, your smile and your laughter. Baby, I'm yours, and I'll be yours. Until the stars fall from the sky. Until the rivers all run dry. In other words, until the day I die. Sayang, you are the best thing ever happen to me.  You are my everything and  you belong to me, Zayyid Hakimi.."


Si gadis jelita memandang Zayyid dengan mata yang sudah berkaca. Tersentuh hatinya mendengar bait-bait cinta yang dilafazkan si kekasih hati seketika tadi. Masing-masing terdiam melayani perasaan cinta yang kian hebat membara.


" Rindu abang tak? " Zayyid mengelus lembut pipi si ratu hatinya


" Mesti lah rindu. '


Pandangan mereka bersatu lagi. Dari mata terus jatuh ke hati. Zayyid mendekatkan wajahnya pada wajah mulus milik gadis itu. Semakin dekat hingga akhirnya bibir mereka bertaut. Kehangatan ciuman gadis itu meresap keseluruh urat sendinya. Terasa seakan kakinya tidak berpijak di atas tanah lagi.


" Pak Su.. Pak Su!! Rissa suruh Pak Su tiup lilin tu. Yang Pak Su buat mulut macam nak cium Rissa tu kenapa?"


Zrettt!!
Zayyid Hakimi menelan air liur. Kepolak matanya dibuka luas serta merta. Dia melihat Qarissa sedang terkebil-kebil memandangnya. Merah padam muka Zayyid menahan malu. Terasa macam hendak menyorok bawah meja itu sekarang jugak.


' Adoiii, macamana aku boleh berangan pulak ni? Malu aku kalau orang tengok ni. Setahun pun belum tentu dia orang habis gelakkan aku. Janganlah Ariana nampak. Habis rencana aku nak pikat dia.' Zayyid menjerit dalam hati.


" Ish Pak Su ni. Boleh pulak dia mengelamun lagi. Cepat lah tiup lilin ni. Da nak cair da. Orang semua tunngu ni. Lenguh tangan Rissa pegang kek ni. Berat. "


Sebaik sahaja Zayyid Hakimi meniup kesemua lilin yang terdapat diatas kek itu, lampu dewan bernyala kembali. Terdengar tepukkan dari para tetamu yang hadir. Qarissa, anak buahnya yang baru pulang dari Melbourne, berjalan menuju ke meja khas yang terletak di tengah dewan besar tersebut. Setelah meletakkan kek itu di atas meja, dia mengaturkan langkahnya semua ke arah Zayyid yang masih lagi kaku berdiri di situ.


" Happy birthday Pak Su! Sayannggg Pak Su. Jom potong kek."


Qarissa melekatkan bibirnya pada pipi Zayyid Hakimi. Dia kemudian bergerak kearah meja itu semula.


Zayyid terpempan! Terasa hangatnya ciuman Qarissa tadi. Perlahan-lahan dia mengusap pipinya itu. Terasa bahagia menyelubungi diri. Senyuman terukir ketika mengekori langkah Qarissa ke meja khas untuk sesi memotong kek hari lahirnya.


" Ariana, kau tengok mamat tu."


Dhia menunjukkan jari kearah seorang lelaki yang sedang menjamu selera di meja bertentangan. Ariana yang sedang asyik menghirup sup mengangkatkan wajah memandang lelaki yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.


" Harap muka saja handsome kan tapi sewel. Ada pulak pakai macam tu pergi majlis macam ni. Lagak dah macam pahlawan masa zaman Hang Tuah duluje aku tengok. "


Kedua-dua gadis itu tergelak kecil.


" Dah lah tu, tak payah nak mengata orang. Biarkan lah dia. Dia nak pakai apa pun tak ada kena mengena dengan kita."


" Aku bukan nya apa. Cuma rasa pelik bila tengok dia pakai macam tu. Siap betanjak dengan keris bagai. Jangan lepas ni, dia tiba-tiba bangun terus bersilat sudah lah."


Ariana yang sedang mengunyah karipap pusing tersedak mendengar kata-kata Dhia. Sampai melilih airmatanya kerana terbatuk. Tetiba ada tangan menghulurkan segelas air kepadanya tetapi melihat  Ariana seakan terkapai-kapai hendak mencapai huluran pada gelas itu, tangan itu sendiri menuangkan air ke dalam mulut si perawan yang rupawan.


" Orang tua-tua selalu pesan, bila makan jangan berbual. Tengok tu, dah tersedak. "


  Dengan selamba Zayyid mengosok perlahan belakang badan Ariana Imani membuatkan gadis itu berasa kurang selesa. Dia memandang Zayyid. Tiada senyuman dibibir lelaki itu, hanya renungan yang sukar ditafsirkan. Wajah Ariana terasa panas seolah-olah dibakar oleh pandangan tajam bos nya itu. Dia menepis lembut tangan Zayyid. Dia khuatir jika keperihatinan Zayyid nanti akan mengundang gosip di kalangan rakan sekerja. Ariana juga tidak mahu kekasih Zayyid mempunyai tanggapan yang salah terhadap hubungan mereka jika gadis itu ternampak buah hatinya membelai wanita lain. Tadinya, Ariana sempat melihat Qarissa mencium pipi Zayyid. Pasti gadis itu adalah kekasih bosnya, fikir Ariana.





Makcik Leha tidak senang duduk. Makan nya tersekat-sekat. Seleranya hampir putus. Sedari tadi sudah ada banyak mata yang memerhatikan  mereka. Sakit telinga makcik Leha bila terdengar suara-suara sumbang yang tak habis-habis mentertawakan anak bujangnya itu. Dia mengerling ke arah suaminya disebelah. Bukan main berselerah lagi Pakcik Omar menyudukan makanan ke dalam mulut tua nya. Dia menoleh pula memandang Imran Qaliff. Lagaknya biasa sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Makcik Leha menghelakan nafas panjang.


" Awat lama sangat makan ni, bang? Saya dah tak betah duduk kat sini lagi. Semua mata menegok ke kita. Siap gelakkan kita lagi. Sakit hati saya noh. Rasa macam nak korek bagi kluaq biji mata depa tu semua. "


Pakcik Omar menoleh. Belum sempat dia membalas kata-kata isterinya, tiba--tiba Imran bersuara.


" Mak dan Pak makan dulu nohh. Im nak pi sana sat."


Makcik Leha mengetap bibir.


" Abang tengok lah anak bujang abang tu. Dah lah depa malukan kita mai sini pakai lagu tu, Lah ni tak reti nak duk diam. Pi merayau sana sini. Nak bagi orang gelak kat depa tu lagi. Saya..."


Leteran makcik Leha terhenti takala melihat sang suami sudah bingkas bangun. Dia mengerutkan dahinya
.

" Abang nak pi mana tu?"


" Kalau hang nak beletiak, hang beletiak la kat sini sorang-sorang noh. Habis satgi, abang mai sini , ambil hang bawaq balik rumah kita. Lah ni abang nak pi jumpa Dato Omar sat."


Makcik Leha mengurut dadanya. Semakin susah rasanya untuk bernafas. Bapak dan anak sama sahaja. Bila si emak sudah mula berleter, dengan pantas mereka mengangkat kaki beredar dari situ.





" Assalamualaikum.."



" Walaikumsalam... Awak...."


Qarissa melopong memandang Imran Qaliff dengan riak kurang percaya.  Tiba-tiba tawanya meledak.


' Wahai pujaan hatiku, sampainya hatimu ketawakan aku. ' Imran Qaliff terasa hati.


" Awak gelakkan saya? Awak tahu tak saya pakai lagu ni pun disebabkan awak. Awak jugak yang habaq  kan  kalau saya mai majlis Pak Su awak pakai  baju seperti lelaki melayu terakhir  lagu ni, awak akan keluaq dating dengan saya. Awak dah janji.."


Qarissa tersenyum, cuba menjadikan ia semanis madu.


" Janji... tak semestinya saya tepati."


Gadis comel itu membalas sekadar ingin menyakat jiran sebelah rumahnya.

Imran mencebik.


" Sampai hati awak. Saya bersusah payah tau nak cari baju melayu lagu  ni. Hampir seluruh butik kat KL ni saya redah. Saya dah rupa badut daa. Orang kat sini dak  habis-habis gelakkan saya. Depa dok gelakkan saya, saya masih boleh terima. Tapi bila awak pun ikut sama dok gelakkan saya, kecik hati saya nohh, lebih kecik hati saya bila awak  habaq tak mau  tepati janji awak pada saya setelah apa yang saya buat untuk awak ni."


" Memanglah saya suruh awak pakai macam lelaki melayu terakhir tapi tak lah sampai awak harus bertanjak dan berkeris macam ni." tawa Rissa meledak lagi.


Imran Qaliff berjauh hati dengan reaksi Qarissa. Dia berpaling tidak mahu melihat gadis itu mentertawakannya lagi. Qarissa mula rasa bersalah membuat Imran berkecil hati.


" Orang lelaki ini bila merajuk, comeyyy angatttt.."


Qarissa merapati Imran Qaliff yang sudah pun membelakanginya.


" Awak..." lembut tutur bahasa Qarissa.


Jantung Imran seperti berhenti berdegup tetapi dia kuatkan hatinya.


" Awak... pandang lah saya."


Cair hati Imran Qaliff bila mendengar tutur Qarissa yang lembut dan manja. Dia teragak-agak mahu meneruskan rajuknya. Niat di hati ingin meneruskan lakonan. Dia mahu terus terlena dibuai oleh pujukan Qarissa. Tapi bagaimana jika gadis itu mula bosan dan beredar dari situ? Masuk angin keluar asap lah jawapnya.


' Rugi lah kalau tak pandang. Dah lah dia bertahun-tahun kat Australia nu. Buatkan aku rindu tahap kronik. Lah depa dah ada depan mata takkan tak mau  pandang kut. Ini lah masanya untuk aku pandang dia puas-puas.' desisnya dalam hati.


Imran Qaliff memusingkan badannya untuk berdepan dengan si ratu hati. Sekali lagi anak mata mereka bertaut. Mata Qarissa ditatapnya dalam-dalam. Gadis itu memiliki sepasang mata yang besar, bulat dan berbentuk cantik. Kerana sepasang mata itu lah, hatinya terpaut apabila pertama kali bersua muka dengan Qarissa semasa Imran dan keluarganya baru berpindah di situ. Qarissa dan ibunya, Datin Raisya datang menyapa dan sekaligus mengikat tali persahabatan di antara dua buah keluarga itu.


" Esok kita keluar ya. "


" Betul ni? Awak tak tipu? " tanya Imran Qaliff seakan meragui kata-kata Qarissa. Imran cuba untuk tidak selalu bertutur dalam loghat utara bila berbicara dengan Qarissa. Dia tahu Qarissa  adakalanya sukar memahami apa yang cuba disampaikan  kepadanya  dalam loghat yang begitu asing bagi gadis bandar sepertinya.

Qarissa mengangguk laju. Dah macam burung belatuk gayanya. Burung belatuk yang cantik dan comel.


" Im, saya ada belikan awak cenderahati dari Australia. Awak tunggu sini sekejap ya. Saya pergi ambil. "


" Okay sayang. Jangan lama-lama tau. Abang rindu.."


Qarissa berkerut dahi sebelum masuk ke dalam. Sempat dia mengerling kearah Imran yang sedang tersenyum seraya mengenyitkan matanya pada Qarissa. Namun  senyuman si jejaka melayu terakhir itu mati takala matanya terperasan renungan tajam Zayyid Hakimi. Renungan  Zayyid umpama seekor singa yang kelaparan menunggu masa untuk menerkam mangsanya.


Zayyid yang sedari tadi seronok mengusik Ariana dan Dhia, tiba-tiba raut wajahnya bertukar bengis apabila terpandang aksi mesra antara Imran dan anak saudaranya. Hatinya menjadi panas. Dia gelisah. Membutang matanya melihat adegan merajuk-memujuk antara keduanya. Tanpa pamit, dia meluru kearah Imran Qaliff setelah Qarissa hilang dari pandangan membuatkan Ariana dan Dhia terpinga-pinga dengan perubahan mood bos mereka yang mendadak.


" Aku dah beri kau amaran sebelum ini. Jauhkan diri kau dari Qarissa. Kenapa kau masih berdegil?"


" Dan aku jugak dah beritahu kau sebelum ini. Aku takkan jauhkah diri aku dari Qarissa. Kenapa kau masih tak faham? " balas Imran. Hilang sudah loghat utaranya.


Pertanyaan di jawab dengan pertanyaan. Zayyid Hakimi bertambah berang.


" Aku tak nak buat kecoh kat sini, tetapi sebelum aku hilang sabar dan muka kau yang buruk tu makan penumbuk aku, lebih baik kau blah dari sini. Aku tak nak tengok muka kau kat sini lagi. Berambus! "


" Apa barang mahu blah dari sini siang-siang. The night is still young. Lagipun aku belum puas bermesra dengan kekasih hati. "


" Kau tak faham bahasa ke?! Kau berambus sekarang. Kalau kau masih berdegil jugak, aku akan pastikan kau balik rumah nanti tak berkepala!. " tempelak Zayyid sebelum berpaling bingkas dari situ. Namun baru beberapa tapak, langkahnya terhenti.


" Yang kau susah hati sangat tu ape hal? Dato dan Datin sendiri pun tak banyak bunyi tentang hubungan kami, yang kau nak melebih- lebih tu apa kes? "


" Cermin lah diri kau tu sikit. Kau tak layak untuk Qarissa, kau tahu tak? " Zayyid membalas pertanyaan Imran tanpa menoleh memandang lelaki itu.

" Habis tu, kau rasa kau layak ke dengan dia? Hati kau sebenarnya bengkak sebab tak boleh memiliki Qarissa kan?"


" Apa maksud kau?! " Zayyid menoleh merenung tepat pada anak mata jiran sebelah rumahnya itu.


" Kau sebenarnya sukakan Rissa tetapi kau tak boleh bersama dia disebabkan pertalian darah yang wujud diantara korang. Come on la, bro. Cara kau bercakap dengan dia, cara kau pandang dia, orang buta boleh nampak lah yang kau tu syok kat dia. Kau tak tahu malu ke jatuh cinta kat anak abang kau sendiri? "


Turun naik nafas Zayyid menahan amarahnya yang membuak-buak. Ikutkan hatinya yang panas, mati Imran dikerjakannya. Sudah lah datang ke tempat orang. Bersikap biadap pula dengan tuan rumah.


" Berpijak pada bumi yang nyata lah bro. Sampai mati pun kau takkan dapat memiliki Qarissa. Dia milik aku. Sharifah Qarissa Dato Syed Qamarul akan menjadi hak mutlak Imran Qaliff, much sooner or later. Dan kau, Zayyid Hakimi terpaksa gigit jari jer lah sebab aku akan pastikan kau takkan dapat memiliki Qarissa walau dalam mimpi sekalipun! "


" Kau!! "


Kesabaran Zayyid kian menipis. Kedua-dua tangannya mengenggam kuat baju melayu yang di pakai Imran Qaliff. Tajam mata Imran merenung Zayyid.


" Pak Su, Imran. Kenapa ni? "


Kedua lelaki itu tersentak. Mereka menoleh ke arah yang sama. Qarissa  memandang Zayyid dan Imran silih berganti.


Perlahan-lahan Zayyid melepaskan gengaman pada baju Imran. Di kemas-kemaskan pakaian lelaki itu.


" Eh, tak ada.. Pak Su tengah tengok baju melayu yang Imran pakai ni. Cantik. Pak Su cuma nak tanya kat mana dia beli baju ni."


Zayyid berdalih. Dia memberi isyarat  pada Imran agar lelaki itu mengikut rentak permainan yang direkanya tadi.


" Haah. Kita sedang sembang fasal baju yang Im pakai ni. Zayyid, esok aku kasi kau alamat butik yang aku beli baju melayu ni. Mana tahu kalau ada yang kau suka, boleh kau tempah untuk hari pernikahan kau tu nanti."


Membutang mata Zayyid mendegarnya. Wajah Qarissa pula sudah berubah cemas.


" Pak Su nak nikah? Bila? Dengan siapa? Kenapa Rissa tak tahu pun? "


Bertalu-talu soalan yang Qarissa ajukan kepada Pak Su nya itu. Kalau betul Zayyid ingin berkahwin, kenapa dia tidak mengetahui rencana lelaki itu sedangkan selama ini mereka berdua tidak pernah berahsia antara satu sama lain.


Imran Qaliff mengorak langkah mendekati Qarissa. Dia sengaja merapatkan badanya pada gadis itu, membakar lagi api kemarahan Zayyid Hakimi.


" Cuba Rissa tengok dua perempuan yang sedang duduk di meja hujung tu.."


Mata Qarissa tertumpu kini pada dua gadis yang sedang asyik berbual sesama sendiri. Cantik.


" Salah seorang daripada mereka bakal menjadi isteri Pak Su Rissa. "


Imran berbisik lembut di telinga Qarissa namun dapat didengar jelas oleh Zayyid. Menidih hatinya menahan geram. Imran sudah melampau.


" Sayang... "


Zayyid menarik lembut tangan Qarissa agar berdiri disebelahnya. Dia memeluk erat bahu Qarissa. Meluat Imran menegoknya.


" Jangan percayakan cakap si Imran tu. Pak Su belum nak kawin lagi. Dia nak buat lawak antarabangsa tapi tak lawak pun.Kalau Rissa nak tahu, dia tu yang sebenarnya nak menikah. Sebab tu dia pakai macam tu. Tapi kan sayang, sebelum sempat dia nak cium tangan tok kadi, pengantin lelaki dah frust menonggeng sebab pengantin perempuannya telah dikebas orang. Jom kita ke sana. Pak Su nak kenalkan Rissa dengan kawan-kawan Pak Su. "


Tangan Qarissa ditarik lembut agar mengikut langkahnya. Zayyid sempat mengerling sekilas pada Imran. Sebuah senyuman tanda kemenangan dihadiahkan kepada lelaki itu.


Imran Qaliff mendegus
.

' Ada lori.. ada bas. ' sindirnya dalam hati sebelum berlalu pergi.


Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan situasi itu.







Malam sudah semakin larut. Suasana yang tadinya riuh dengan kehadiran para tetamu kian menyepi. Zayyid Hakimi sedang duduk sendirian diatas buaian. Fikirannya serabut. Kata-kata Imran tadi masih menghantui kotak mindanya. Dia menjadi bengang bila ada insan lain yang dapat menghidu perasaan cintanya terhadap Qarissa yang selama ini cuba dia sembunyikan daripada pengetahuan sesiapa. Biar lah segalanya menjadi rahsia hatinya.


Setelah emaknya meninggal dunia pada usia Zayyid menjangkau 6 tahun, dia diasuh sepenuh oleh abang dan kakak iparnya. Pada masa itu, Qarissa baru berumur 3 tahun  Dia dan Qarissa membesar bersama. Mereka menjadi rapat memandangkan Qarissa tidak mempunyai adik beradik yang lain. Zayyid suka menyakat satu-satu anak buahnya itu. Qarissa kelihatan sungguh comel bila merajuk dengan muncung itiknya yang panjang sedepa. Dalam usik mengusik, rajuk merajuk, hatinya kian terpaut. Namun, dia menepis jauh perasaan itu. Pada fikirannya, rasa kasih itu wujud disebabkan keserasian yang sedia ada diantara mereka. Sayangnya terhadap Qarissa adalah sayang seorang pakcik terhadap anak saudaranya, tidak akan melebihi had yang sepatut.


Dua tahun Qarissa melanjutkan pelajarannya di luar Negara dan selama dua tahun itu lah Zayyid menjadi seorang perindu yang setia. Pada mulanya, dia cuba mendidik hatinya agar tidak tercari-cari bayangan Qarissa. Namun, ketiadaan gadis yang selama ini menjadi peneman setia dikala sunyi, mengajar Zayyid akan erti sebuah rindu. Dalam diam Zayyid menghitung hari saat Qarissa akan pulang semula ke Villa besar ini, yang dirasakan begitu sunyi tanpa rajuk dan tawa si manis manja Qarissa.


Zayyid menarik nafas panjang. Dia memejamkan matanya cuba membuang bayangan Qarissa jauh-jauh. Adakalanya, Zayyid terasa ingin pergi dari sini tetapi dia yakin, sejauh mana pun dia melangkah, bayangan Qarissa akan sentiasa mengejarnya, walau ke seluruh pelusuk dunia dia melarikan diri sekali pun. Bukan salah Qarissa. Salah dirinya sendiri kerana tidak mampu menyingkir perasaan cinta itu dari lubuk hatinya. Bukan dia tidak pernah mencuba, tetapi semakin dia menafikan perassan itu, semakin kuat pula perasaan sayang itu timbul. Zayyid cukup tertekan. Jiwanya memberontak. Mencintai wanita yang tidak mungkin dapat dimilikinya amat menyiksakan jiwa dan raganya. Dan membuang Qarissa umpama merentap jantung Zayyid sendiri.


' Qarissa... kenapa kau hadir dalam hidupku sebagai anak saudara ku? Kalau bukan kerana pertalian darah yang menjadi tembuk diantara kita, sudah pasti kau ku jadikan permaisuri hatiku. Mungkin sekarang ini kita sedang hidup bahagia bersama anak-anak kita sayang..'


" Pak Su buat apa malam-malam kat luar ni? "


Suara Qarissa membawa Zayyid kealam realiti semula. Lamunannya tadi melayang jauh. Perlahan Zayyid membuka kelopak matanya. Qarissa tersenyum. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya duduk disebelah Zayyid.


" Saja Pak Su nak ambil angin malam. Kenapa Rissa tak tidur lagi? "


" Rissa belum mengantuk. Tadi masa Rissa nak tutup tingkap bilik, Rissa nampak Pak Su ada kat sini. Tu yang Rissa turun nak sembang dengan Pak Su. Dah lama kan kita tak sembang sama kan."


Dua tahun di rantauan orang terasa bagai dua puluh tahun lamanya. Dia amat merindui ibu dan ayah nya terutama sekali Pak Su yang gemar menyakat. Qarissa kuat merajuk bila diusik tetapi Zayyid pandai memujuk dan Qarissa kembali ceria. Pendek kata, dengan Zayyid,  Qarissa tidak mampu merajuk lama-lama.


" Ini hadiah hari lahir Pak Su. Harap Pak Su suka. Buka lah.."


Qarissa menghulurkan bungkusan empat segi bersaiz sederhana kepada Zayyid. Hadiah sudah bertukar tangan. Zayyid memerhatikan bungkusan tersebut. Dengan kemas, Zayyid meleraikan ikatan reben pada kotak hadiah itu. Penutup kotak dibuka. Zayyid mengukirkan senyuman.


" Cantik tali leher ini. Warna yang Pak Su suka. "

Tali leher berwarna biru gelap jenis kain satin dibelek-beleknya.


" Biar Rissa pakaikan tali leher itu untuk Pak Su, ya."


Qarissa mengambil tali leher itu dari pegangan Zayyid tanpa menunggu balasan dari Pak Su nya. Zayyid membiarkan Qarissa mengikat tali leher yang sudah di letakkan kemas pada bahunya itu. Dia  dapat merasakan degupan jantung yang hebat tika dan saat ini. Kedudukkan  mereka yang terlalu dekat membolehkan Zayyid menghidu haruman pada rambut Qarissa yang panjang dan lebat. Qarissa pula merasakan kehangatan degupan jantung Zayyid yang kencang, sama laju dengan jantungnya.


" Dah siap.. Cantik..."


Qarissa mendonggakan wajahnya untuk memandang Zayyid. Anak mata mereka bertaut. Wajah Qarissa dipandangnya tanpa berkelip. Masing-masing terpana. Qarissa seakan terpukau oleh pancaran cahaya dari mata Zayyid. Zayyid juga begitu. Bentuk  mata Qarissa  sangat cantik hingga dia terasa lena dibuai perasaan yang sangat indah. Tiada kata yang mampu di luahkan oleh keduanya, Hanya renungan mata memberi isyarat bahwa hati mereka bersatu, seiring dan sekata. Lama mereka berada di dalam keadaan begitu.


" Er.. Pak Su, dah lewat malam ni. Rissa masuk dalam dulu ya. "


Zayyid bagai dikejutkan dari mimpi. Qarissa sudah tidak memandangnya lagi. Malu agaknya direnung lama oleh Zayyid.


" Rissa pergi lah tidur. Sekejap lagi Pak Su masuk. Thanks for the gift. I like it a lot. "


Qarissa mengatur pengerakkan kakinya perlahan menuju ke dalam rumah. Langkahnya terhenti takala tiba di permukaan pintu. Dia menoleh. Zayyid masih lagi duduk diatas buaian, membelakangi gadis itu. Lama dia memerhatikan Zayyid. Kepalanya dilentokkan sedikit di pagar pintu.


' Kenapa mesti dia? Kenapa timbul sebuah perasaan yang indah bila bersama dia? Andai dia tahu rahsia hatiku... '


Qarissa berlalu pergi sambil menyeka airmata yang laju membasahi pipi.






" Abang, malam tadi saya ternampak Zayyid dengan anak jiran sebelah rumah kita si Imran tu macam bergaduh."


Datin Raisya melabuhkan punggung diatas katil tidur. Dato Qamarul yang sedang asyik menyemak e-mail di laptop,  menoleh memandang isterinya.


" Bergaduh? Kenapa? Selama ini saya tengok elok saja mereka budak-budak tu. Tak nampak pula tanda-tanda yang mereka berdua bermusuhan. "


" Saya rasa mereka bergaduh pasal anak dara kita tu lah. "


" Maksud Sya, si Imran tu sukakan kan Qarissa? Elok lah tu. Saya memang sukakan si budak Imran tu. Baik dan menghormati orang tua. Saya setuju sangat lah kalau mereka berdua tu bercinta. Sya, apa kata, kalau  kita jodohkan budak- budak berdua tu. Saya tengok Rissa serasi berkawan dengan Imran."


Dalam diam Dato Qamarul telah memasang niat untuk menjodohkan Qarissa dengan anak jiran sebelah pintunya itu.


" Abang, Sya tak ada masalah kalau abang nak satu kan budak berdua tu. Sya pun sukakan si Imran tu. Tapi persoalannya sekarang, nak ke Rissa kalau kita jodohkan dia dengan Imran? Ini bukan zaman purba. Jodoh ditentukan oleh orang tua. Zaman dah berubah. Rissa mungkin dah ada pilihannya sendiri. Dan.... mungkin pilihan Qarissa ada depan mata kita. Orang yang dekat dengan kita."


Datin Raisya melepaskan satu keluhan yang panjang. Naluri hatinya keras mengatakan puteri kesayangannya itu sedang dilamun cinta. Tetapi bila difikiran tentang pilihan hati Qarissa, dia menjadi resah. Namun soal hati sukar untuk dimegertikan.


" Saya tak faham, Sya. Cuba awak berterus-terang. Apa maksud awak pilihan Qarissa tu ada depan mata kita? Yang dekat dengan kita cuma Zay...."


Dato Qamarul diam seketika seakan sedang memikirkan sesuatu. Ayatnya dibiarkan tergantung. Dia memandang isterinya dengan riak wajah yang penuh tanda tanya. Datin Raisya mengganguk seolah memahami apa yang sedang bermain di kotak minda suaminya itu.


" Cuba abang fikir. Kenapa Zayyid jadi marah bila Imran cuba mendekati Qarissa? Kenapa dia siap ugut Imran supaya menjauhkan dirinya dari anak dara kita tu? Lagi satu,  Abang ingat tak masa kita nak jodohkan Rissa dengan anak Tengku Helmi? Zayyid melenting. Dia bangkang habis-habisan dengan rencana kita tu. Pada mulanya, Sya tak adalah syak apa-apa. Tapi bila Sya fikirkan balik, Sya rasa Zayyid tu cemburu bila ada lelaki yang cuba dekat dengan Rissa. "


" Mungkin Zayyid hanya nak melindungi Qarissa. Dia tak percayakan lelaki-lelaki tu semua. Dia tak mahu Qarissa dipermainkan. He's just being protective. Walaupun mereka pangkat pakcik dan anak sedara, tapi umur mereka tak jauh beza. Zayyid mungkin anggap Rissa tu macam adik dia sendiri. So, he's just watching over her, like any brother would do towards his sister. Itu saja. Sya, awak saja yang berfikiran jauh. "


" Abang tak nampak ke cara budak-budak tu pandang antara satu sama lain? Renungan   mata Zayyid setiap kali dia pandang Qarissa, dari situ kita boleh nampak yang dia sukakan Rissa. Dan Sya tahu Rissa pun sukakan Zayyid. Walaupun Rissa tidak pernah menceritakan hal peribadinya pada Sya, tapi  Sya sebagai seorang ibu yang mengandung dan melahirkan satu-satunya anak kita tu, naluri hati Sya kuat mengatakan Qarissa cintakan Zayyid. "


Dato Qamarul mengelengkan kepalanya beberapa kali. Pening kepalanya memikirkan kemungkinan Zayyid dan Qarissa sedang melayari bahtera percintaan bersama. Seorang pakcik bercinta dengan anak saudaranya sendiri? Sukar untuknya mempercayai kata-kata isterinya itu. Zayyid sudah cukup matang untuk berfikir buruk baik bercinta dengan Qarissa. Tak mungkin dia sanggup bermain dengan api. Kelak terbakar, diri sendiri yang parah.


" Abang...."


" Cukup Raisya. Saya tak mahu dengar lagi. Zayyid dan Qarissa tidak boleh bersama. Kalau pun betul kata awak yang mereka sedang bercinta, saya sendiri akan lakukan sesuatu untuk pisahkan mereka. Zayyid adik saya dan Qarissa tu anak saya. "


" Abang boleh cakap apa saja. Tapi abang dan Sya, kita sama-sama tahu kedudukan perkara yang sebenar. Hakikat yang Zayyid dan Qarissa bukan..."


" Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut, Sya." pantas Dato Qamarul memotong ayat isterinya itu. 


 " Ingat pesan arwah mak saya sebelum dia meninggal dunia dulu. Amanah orang, baik yang masih hidup mahupun yang telah pergi, harus di jaga dan di simpan dengan rapi. Dah lah. Saya tak mahu awak sebut-sebut lagi pasal hal ini. Cakap sini, habis sini. Saya nak tidur, letih.. "


Datin Raisya hanya memandang sepi Dato Qamarul yang sudah pun melelapkan matanya. Dengkuran kecil sang suami jelas kedengaran di telinga wanita itu. Seketika kemudian, dia pun merebahkan diri bersebelahan suaminya. Dia juga kepenatan. Badannya letih melayan tetamu. Fikirannya letih memikirkan perihal Qarissa dan Zayyid. Sampai bila dia harus menyimpan rahsia itu, dia sendiri pun tak pasti. Tanpa sedari, airmatanya jatuh menitis.


' Maafkan ibu, Rissa... Maafkan kak Long, Zayyid..'


Bisik hatinya sebelum terlena dibuai mimpi.











Tuesday, 8 April 2014

Aku Kau Dan Dia

Bab 2

" Maafkan abang, Ariana. "

Airmata Ariana laju membasahi pipinya yang bersih. Sungguh hatinya hancur dengan berita yang baru disampaikan oleh tunangnya itu. Sedih dan kecewa yang teramat sangat. Ariana merasakan dirinya seperti terperangkap di dalam sebuah mimpi yang ngeri. Dan apabila dia terjaga dari tidurnya nanti, semua kesedihannya bakal berakhir. Tetapi malangnya, Ariana sedang berpijak pada bumi yang nyata. Realiti yang begitu pahit untuk ditelan.

" Sampai hati abang buat Ana macam ni. Majlis pernikahan kita cuma tinggal dua minggu je lagi. Kad jemputan semua telah diedarkan. Persiapan majlis perkahwinan kita hampir selesai. Tiba-tiba saja abang minta putus. Macamana Ana dan keluarga hendak berdepan dengan saudara mara. Mana kami nak sorokkan muka kami ni, bang? "

Kegairahan Ariana Imani menantikan hari bahagia yang dirasakan sejak beberapa minggu yang lalu bertukar menjadi hiba dan duka apabila tunang tersayang bertindak untuk menarik diri di saat-saat terakhir. Bergelar isteri kepada Ezad Ezairy adalah sebuah impian yang ditanamnya sepanjang tiga tahun menjadi tunang kepada lelaki itu. Tegar sungguh Ezad membuat pelamin angan nya musnah. Keperitan yang dirasai sekarang hanya Allah sahaja yang tahu.

" Abang minta maaf. "

" Begitu mudah abang melafazkan kata maaf. Minta maaf berbakul-bakul pun tak akan dapat pulihkan hati Ana yang dah abang hancurkan ni. Ana yang menanggung derita ni bang. Apa salah Ana? Kalau Ana ada sakitkan hati abang, Ana minta maaf tapi tolong lah abang, jangan tinggalkan Ana. Ana sayang sangat kat abang. 7 tahun kita bersama abang. Macamana Ana nak mengharungi hari yang mendatang tanpa abang? "

Ezad Ezairy memandang sayu wajah gadis yang amat dicintai itu. Bukan niatnya untuk menghancurkan hati Ariana. Hatinya juga turut terluka. Tidak mahu dia melepaskan Ariana pergi jauh dari hidupnya. Seperti Ariana juga, Ezad tak boleh hidup tanpa wanita yang dikasihi lebih dari nyawanya sendiri.  Tetapi apabila Ezad memikirkan akan kebahgiaan dan masa depan Ariana, dia semakin nekad dengan keputusannya.

" Sayang.. satu hari nanti, Ana akan faham kenapa abang membuat keputusan seberat ini. "

'PIN! PIN!'

Ariana tersentak dari khayalan takala terdengar bunyi hon kereta. Peristiwa hitam yang berlaku dua tahun dahulu masih segar diminda nya. Airmata yang mengalir diseka dengan ibu jari.

" Ariana.."

Ariana Imani tercari-cari suara yang memanggil namanya. Rasanya macam pernah dengar suara tu tapi dimana ya.

" Ariana Imani binte Adnan!"

" Err.. Encik Zayyid?"

" Awak dengar tak saya panggil awak tadi? "

Naik lenguh urat-urat disekitar mulut Zayyid Hakimi. Penat dia memanggil namun tak disahut oleh gadis itu. Ariana seakan berada di dunia nya sendiri.

" Minta maaf Encik Zayyid. Saya tak dengar Encik Zayyid panggil saya tadi. "

" Macamana nak dengar kalau sedang khusyuk mengelamun. Apa awak buat kat pondok teksi ni? Kereta comel awak warna pink tu mana? "

' Laa.. Macamana mamat ni boleh tahu kereta aku warna pink? Entah-entah selama ini dia dok perhatikan aku kot. ' desis Ariana di dalam hati.

" Tengok tu, termenung lagi. Ariana, mengelamun tu hobby awak ya? " Zayyid tersengih.

' Ya Allah, minah ni. Muka sikit punya jambu tapi kuat berangan la pulak. ' kata-kata yang tak mampu diluahkan oleh Zayyid. Hanya bermain dihati.

" Mana ada saya mengelamun. Saya dengar ni. Kereta saya rosak. Pagi tadi saya hantar ke workshop. Esok petang mungkin siap kut. Ni yang saya balik naik teksi ni. "

" Hmm.. jom lah. "

Ariana mengangkatkan kening nya.

" Jom? Kita nak kemana? "

Zayyid Haqimi tersenyum nakal. Tergerak dalam hatinya untuk mengusik gadis yang sedng berdiri di hadapannya.

" Ke rumah tok kadi. "

" Huh?? Ke.. kenapa nak bawa saya ke rumah to.. tok kadi?  "

Zayyid menyimpan tawanya di dalam hati. Semakin galak jejaka tampan itu ingin menyakat Ariana. Wajah kalut Ariana mencuit hatinya. Comel.

" Kita jumpa tok kadi lah. Saya nak bernikah dengan awak. Nak jadikan awak permaisuri hidup saya. Awak tak nak kawin dengan saya ke? Rugi tau tolak offer saya. Saya tak buat offer ni kat mana-mana perempuan. Ariana, kita kawin ya sayang. "

Zayyid tersenyum nakal sambil mengeyitkan matanya kepada Ariana.

" Saya.. errr... saya...."

" Hahahaha!! Rileks la Ariana. Jangan kalut sangat. Saya gurau aja lah. Hahaha. "

Bertaburan tawa Zayyid yang disimpan sejak tadi. Seronok betul dia dapat mengusik gadis manis yang bernama Ariana Imani. Tak sangka dia boleh seberani itu menyakat Ariana. Selama ini Zayyid hanya memerhatikan Ariana dari jarak jauh. Hendak menegur gadis itu, dia terasa malu. Sekali sekala saja mereka berbual secara empat mata. Itupun disebabkan hal berkaitan dengan kerja.

Dalam memerhatikan Ariana, hatinya kian terpaut. Ariana Imani seorang perempuan yang lemah lembut, cantik dan kaya dengan senyuman. Terbuai Zayyid takala memandang senyuman Ariana yang manis bak madu lebah itu. Pernah beberapa kali Ariana tersenyum padanya ketika anak mata mereka bertembung. Terasa dirinya bagaikan terapung-apung di angkasa.

" Encik Zayyid..?"

Ariana melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Zayyid Haqimi. Terasa panas membahang diwajah Ariana apabila si jejaka kacak itu memandangnya tanpa berkelip.

' Ish cakap orang kuat mengelamun. Dia pun sama jugak.' bentak Ariana di dalam hati.

" Encik Zayyid!! "

" Ah! Ya? Apa dia? "

' Ya Allah, macamana aku boleh khayal pulak ni.? Malunya.. '

Ariana bagaikan ingin ketawa melihat reaksi bosnya itu.

" Apa dia apa? "

" Eh, tak ada apa lah. Jom saya hantarkan awak balik."

Suasana di dalam kereta hanya bertemankan sepi. Ariana dan Zayyid seolah berada di dalam dunia mereka sendiri. Masing-masing hanya diam seribu bahasa. Sejak tadi, Ariana Imani hanya memandang ke luar tingkap sementara perhatian Zayyid Haqimi pula tertumpu pada memandu. Sesekali dia akan menoleh memandang Ariana berada disebelahnya.

' Takkan senyap jer '

' Kau lah yang mulakan dulu. '

' Kau lah, apa aku pulak. '

' Kau kan lelaki, jadi kau lah yang mulakan dulu. '

Kedua-dua mereka seakan sedang berbicara tetapi hanya di dalam hati. Saling tolak menolak untuk memulakan perbualan.

" Ehem.. ehem. Ariana.."

Ariana Imani menoleh memandang bosnya. Satu senyuman yang manis dihadiahkan untuk Zayyid.

Zayyid terpana. Hatinya berdebar-debar. Degupan jantungnya lari lintang pukang tapi Zayyid cuba berlagak tenang.

" Malam ni awak dating ke majlis hari lahir saya kan.?"

" Insya Allah.."

Jawab Ariana ringkas sambil mengalirkan semula pandangannya ke luar tingkap. Dia cuba untuk tidak bertentang mata dengan Zayyid. Tidak mahu lena dia buai perasaan yang bukan-bukan. Panahan mata Zayyid mendebarkan jatungnya.

" Macamnana awak nak ke majlis saya? Naik apa? Kereta awak kan rosak. Atau awak anak saya datang jemput awak malam ni?"

" Ish, Encik Zayyid kan tuan rumah. Takkan lah tuan rumah nak datang jemput tetamu untuk ke majlisnya. Tak perlu lah susahkan diri Encik Zayyid. Saya akan datang berteman."

' Berteman?? Siapa?? Boyfriend dia ke?? Aku baru saja nak mengurat dia. Kacau lah mcam ni.'
kata-kata cemas terdetik di hati Zayyid Haqimi.

"Siapa? Boyfriend?"

Mustahil si manis Ariana tidak mempunyai teman lelaki. Sudah lah dia mempunyai seraut wajah yang cantik. Pasti gadis itu menjadi pujaan ramai lelaki dan harus Zayyid Haqimi akui, dia adalah salah seorang dari berjuta yang meminati gadis yang bernama Ariana Imani binte Adnan.

" Mana lah saya ada boyfriend Encik Zayyid. Siapa la yang nak kat saya ni. Insya Allah, malam nanti saya datang dengan Dhia. "

' Fuhhhh leganyaaa...'

Zayyid Haqimi tersenyum sepanjang perjalanan ke rumah Ariana Imani.

Friday, 28 March 2014

Kerana Sebuah Janji

Kerana Sebuah Janji adalah karya pertama Sel. Since I'm so into malay novels, so tetiba macam dating interest untuk menulis. Tapi Sel menulis bukan untuk tatapan umum sebabnya menguasaan bahasa melayu Sel tak begitu baik. Nak menulis ni pun terasa sesak nafas ku. hehe. tapi sebab dah minat kan, so Sel cuba2 jer lah. No 'homework' nothing. Apa yang terlintas di kepala otak, itu lah yang Sel tulis. Apa yang bakal Sel post ni adalah salah satu adegan dalam ' Kerana Sebuah Janji '. Maaf lah kalau sama macam karangan budak2 sekolah. I'm no writer. :D


" Abang tolong jangan tinggalkan Sera! Abang jangan pergi. Sera perlukan abang. ABANG!!! "

Tersentak Adrian Franz dari lena takala terdengar jeritan Erserafina Dania Imani yang meronta-ronta di dalam tidurnya. Dia yang setia menemani Sera sejak wanita itu di masukkan ke hospital. Mengingatkan kembali kisah yang terjadi petang tadi membuatkan jejaka tampan itu mengeluh panjang.

Adrian sedang dalam perjalanan untuk menjemput bakal isterinya petang itu. Mereka telah membuat temu janji dengan pereka pakaian terkenal di K.L yang telah menaja busana perkahwinan bakal mempelai muda itu. Hari bersejerah mereka akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Biasanya, Adrian Franz akan mengambil ' jalan dalam' untuk ke rumah tunangnya itu. Adrian gemar mencuci mata dengan permandangan indah suasana perkampungan di kelilingi sawah padi yang menghijau. Seronok dia melihat petani-petani yang tekun melakukan kerja mereka. Cuaca yang panas tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk menuai padi. Sekali-sekala kelihatan petani mengeluarkan kerbau dari kandangnya untuk pergi membajak sawah. Permandangan itu mendamaikan jiwa Adrian. Sesuatu yang tidak dapat dinikmatinya di Bandar Kota Singa yang serba modern. Melihat bangunan-bangunan tinggi serta jalan raya yang penuh sesak menyakitkan matanya.
 
Oleh kerana dia sudah terlewat untuk menjemput tunangnya itu, Adrian Franz mengunakan jalan 'shortcut' melintasi di kawasan Villa milik keluarga Emir Azki. Telipon bimbitnya yang tak berhenti berdering membuatkan Adrian menjadi rimas. Ingin saja dia melontar keluar telipon bimbitnya itu. Baru lah aman sikit agaknya.

Sewaktu kereta BMW nya melintasi Villa keluarga Emir, Adrian terlihat kelibat seseorang sedang berjalan longlai dalam keadaan hujan yang lebat. Basah lecun wanita itu kerana tidak mengunakan payung. Adrian tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas kerana hujan yang lebat seakan mengaburi penglihatannya. Namun bila diperhatikan dengan lebih teliti, dia  dapat menangkap wajah wanita tersebut.

" Sera?? Ya Allah, Sera!! "

Bagaikan ingin gugur jantungnya apabila melihat tubuh kecil Erserafina Imani rebah ke bumi. Segera dia keluar dari keretanya untuk pergi mendapatkan wanita itu tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang basah kuyup.

Akhirnya, dia terpaksa membatalkan temu janji itu. Dia tahu tunangnya berkecil hati tetapi apakan daya. Sera memerlukan bantuannya tika dan saat it.

" Astagfirullahhaladzim.."

Erserafina Imani mengucap panjang sekali gus menghentikan lamunan Adrian Franz. Sera terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingnya. Dia meneliti setiap penjuru bilik itu dengan ekor matanya.

" Syukur lah Sera dah sedar. You buat I risau sangat. Sakit lagi tak kepala you tu? "

Sepontan tangan Sera memegang kepalanya yang telah dibalut. Kemudian dia mengelengkan kepalanya sambil tersenyum hambar. Sebenarnya, kepala Sera terasa denyutan-denyutan kecil tetapi dia terpaksa berbohong. Sera tidak mahu menambahkan kerisauan yang jelas terpancar di wajah Adrian.

Adrian menghela nafas lega. Sungguh dia berasa cemas bila melihat darah yang mengalir dari dahi Sera apabila dia pergi mendapatkan wanita itu yang tiba -tiba pengsan di luar kediaman milik keluarga suaminya.

" Sera berada dimana sekarang ini? "

" Di hospital, sayang.."

Ringkas dan lembut saja jawapan Adrian Franz. Dia mengusap perlahan jari jemari Sera.  ' Sayang' itu lah panggilan manja Adrian buat Sera ketika mereka masih lagi berada dalam ikatan pertunangan dulu. Dan perkataan sayang itu masih mekar setia di bibir buat wanita itu walaupun tali pertunangan di antara mereka telah lama terlerai. Sudah berkali-kali Sera menegur perbuatan Adrian yang di anggap keterlaluan namun lelaki itu tetap berdegil. Sengaja dia ingin membuat Sera marah. Sera memang kelihatan comel bila merajuk dengan muncung itiknya yang sedepa.Pernah beberapa kali dirasakan tembok iman nya bakal runtuh setiap kali Sera mendepakan muncung bibirnya. Mahu saja dicium bibir Sera yang berbentuk cantik itu. Tetapi segera dia menepis jauh perasaan itu. Erserafina Imani bukan lah seperti gadis-gadis lain yang pernah mendampinginya. Mereka semua kalah dengan godaan Adrian Franz, seorang playboy terkenal di Singapura. Berkali sudah dia cuba mengoda Sera, namun hati wanita itu tak pernah cair dengan ayat-ayat jiwang si pencinta wanita kacukan melayu-itali itu.

Walaupun mereka telah lama berpisah, tetapi Adrian akui perasaan sayang itu masih lagi tersisa buat bekas tunangnya  walaupun hakikatnya Sera sudah dimiliki lelaki lain dan dia sendiri bakal menjadi suami kepada Marina, tunanganya kini.

' Sungguh bertuah Emir Azki  dapat memperisterikan wanita sebaik  Erserafina Dania Imani.' hatinya berbisik syaduh.

" Hospital?? "

Erserafina Imani menjadi cemas. Kedua tangannya mengusap-usap perutnya yang semakin memboncit.

" Don't worry, sayang. Doktor kata baby you sihat. Congrats.. Tak lama lagi dapat la adik si Aizrini tu. Hidup you semakin bahagia Sera, and I'm happy for you."

' Bukan kebahagian yang aku rasakan, Adrian. Tapi aku sedang menanggung sengsara yang amat sangat. Aku menderita Adry. Cukup menderita. '

Ucapan itu bagaikan tidak terluah. Hanya mampu berkata-kata di dalam hatinya yang sudah retak seribu. Menitis jua airmata yang cuba di tahan sejak tadi.

" Hey, kenapa menangis ni, Sera? Whats wrong? "

Adrian Franz mula panik melihat Sera yang tiba-tiba menangis. Adakah dia telah berkata sesuatu yang telah membuatkan hati wanita itu terasa hati?

Erserafina Imani hanya diam membisu, merenung wajah Adrian Franz yang kini telah beralih tempat duduknya di atas katil, betul-betul di tepinya.

" I call Emir ya."

" Jangan telipon dia, please."

" Tapi dia perlu tahu Sera berada di hospital sekarang ni. He is probably looking all over for you. Mesti dia tengah risau fikirkan Sera."

Pelik. Adrian cukup hairan dengan pemintaan Sera. Setiap wanita yang sudah berumah-tangga pasti inginkan suami mereka berada di samping mereka saat mereka berada di dalam keadaan kurang upaya. Mereka pastinya dambakan perhatian serta belaian manja sang suami. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang sorang ni. Mengapa Sera tidak mahu suaminya mengetahui di mana dia berada sekarang ni. Adrian berpendapat mungkin kesan hentakkan di kepala Sera membuatkan nya tidak dapat berfikir dengan jelas.

" Dia tidak perlu tahu dimana Sera berada sekarang. Kalau pun dia tahu, dia tidak akan pedulikan Sera."

Adrian Franz mengerutka dahinya tanda kurang faham.

" Apa yang Sayang mengarut ni? Mesti lah Emir pedulikan Sera. Sera ni kan isteri dia. Dan sekarang ini, Sera sedang mengandungkan anak dia."

 Adrian Franz mengeluh. Dia kemudian memeluk erat bahu Erserafina Imani.

" Kenapa Sera tiba-tiba emo ni? Pembawakan budak ke? Sayang rehat dulu. I call Emir sekejap. "

Adrian Franz memegang kedua-dua bahu Sera untuk mendorongnya kebelakang supaya Sera dapat berbaring dan merehatkan dirinya. Ketika dia menyelimutkan Sera hingga ke paras bahu, anak mata mereka bertentangan. Renungan mata Sera membuatkan degupan jantung Adrian lari dari rentak asal. Lintang pukang dibuatnya. Sera pula hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Firikannya serabut memikirkan nasib nya sekarang ini.

' Wahai hati, cubalah untuk bertenang. Perasaan cinta itu tak sepatutnya hadir lagi.' desis Adrian untuk hatinya yang mula gundah gulana itu.

Adrian Franz mengeluarkan telifon bimbit di dalam kocek seluarnya dan mencari nombor telifon Emir di dalam senarai kontak beliau.

" Hel...."

" Dia bukan lagi suami Sera!"

Melopong mulut Adrian mendengar kenyataan Sera itu. Segera dia mematikan panggilan telifon tanpa menghiraukan suara yang berada di hujung talian.

" What's going on Sayang? Am I missing something? Kenapa Emir bukan lagi suami Sera? "

Erserafina Imani hanya diam seribu bahasa. Dia  menundukkan wajahnya. Airmata yang masih lagi mengalir dipipi dia biarkan saja.

Adrian mengeluh lagi. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia mati kutu sendiri setelah persoalannya tidak dijawap. Adrian mencapai kedua-dua tangan wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. dia mengusap lembut jari jemari Sera. Kemudian Adrian meletakan jarinya pada dagu Sera. Perlahan dagu wanita itu diangkat supaya dia dapat melihat seraut wajah yang dulu membuat malamnya kesiangan. Sekali lagi anak mata mereka bertentangan. Dan sekali lagi jantung Adrian Franz berdegup kencang namun dia sedaya upaya berlagak tenang.

Sepasang mata cantik milik Sera sudah hilang serinya. Sayu hati Adrian melihat mata Sera yang merah dan sembab akibat terlalu banyak menangis. Lama Adrian menatap wajah Sera. Dia Sedar rasa cinta untuk bekas wanita itu tak pernah pudar dari hatinya.

" Sayang, kita dah kenal bukan sehari dua. Kita dah berkawan lama. You can trust me with al your problems. You percayakan I kan, Sayang? Now, tell me what happened between you and Emir."

Percaya? Kalau sewaktu di zaman Uni dulu, memang susah untuk mempercayai lelaki buaya darat yang bernama Adrian Farish Franz. Manis di bibir tapi semua itu hanya sandiwara semata-mata. Namun semenjak mereka berpisah, Adrian mula berubah. Dia tidak lagi berfoya-foya dengan gadis-gadis yang dikenalinya di kelab-kelab hiburan. Dia juga sudah mula membantu papanya mengendalikan hal-hal syarikat. Sera tidak pernah lupa akan jasa baik Adrian membantunya disaat Sera dibuang keluarga sendiri akibat keterlanjuran yang dilakukannya bersama kekasih hati Aizam Zaifran, hingga terlahirnya puteri mereka, Aizrini Damia Zaifani. Adrian yang menolongnya untuk mendapatkan tempat teduh serta memberikan pekerjaan untuk menyara hidup takala Aizam hilang entah kemana.

Adrian menghelakan nafas lega apabila Sera akur dengan permintaannya.

Adrian Franz mengucap panjang setelah Sera menghabiskan ceritanya. Dia menjadi berang dengan Emir Azki tetapi cuba untuk mengawal perasaan amarahnya.

" Emir tak mengaku anak yang Sera kandungkan ini adalah anak dari benihnya. Dia kata anak ini anak haram. Anak hasil dari hubungan sulit Sera dengan lelaki lain. Percayalah Adry, Sera tak pernah berlaku curang terhadap Emir. Tak pernah terlintas pun untuk menduakannya. Srra diperangkap. Sera di fitnah. Anak ini anak Emir. Sera yakin sangat."

Semakin laju airmata Sera menangisi nasib anak yang bakal dilahirkan kelak. Sudah lah Aizrini lahir tanpa papanya disisi. Dan Sekarang adiknya pula bakal menerima nasib yang serupa.

Adrian yakin yang Sera tidak akan pernah berlaku curang terhadap pasangannya. Sera adalah seorang pencinta yang setia. Cintanya tak mungkin beralih arah dengan mudah. Semasa dlam tempoh pertunangan dulu, Sera masih setia bersama Adrian walaupun dia sudah berkali-kali menyakiti hati wanita itu dengan perinsip hidupnya yang tak pernah puas dengan satu perempuan. Dia masih lagi berada disamping lelaki itu apabila Adrian telah dicekup oleh Majlis Jabatan Agama Islam keran bersekedudukan dengan wanita yang bukan muhrim. Bila keadaan mula mendesak, barulah Sera meminta untuk memutuskan untuk berpisah kerana wanita yang tiduri Adrian telah di sahkan hamil. Sera mahu Adrian bertanggung jawab diatas perbuatannya.

Kesungguhan Erserafina Dania Imani menanti kehadiran Aizam Zaifran setelah tiga tahu lelaki itu tanpa berita, adalah satu lagi bukti bahawa Sera setia pada sebuah perhubungan. Tidak terlihat ke oleh Emir Azki kesetiaan Sera terhadap Aizam, yang kini telah menjadi abang iparnya itu. Setianya Sera pada Aizam membuat kan begitu sulit untuk Emir memiliki hati wanita itu. Setelah segala usahanya membuahkan hasil, cinta dibalas dengan cinta tetapi akhirnya Emir tegar menghancurkan hati Sera.

Kenapalah hati wanita itu sering kali disakiti oleh insan-insan yang disayanginya. Sera hanya ingin mencintai dan dicintai. Dia hanya ingin hidup bahagia bersama orang tercinta. Tapi kasihan nya Sera, bukan sinar kebahagian yang dirasai tetapi dugaan demi dugaan yang harus ditempuhi.

' Sayang hatimu retak ditangan tiga lelakiyang kau cintai. Aku, bekas tunangan mu. Aizam, lelaki yang membuat pelamin angan mu musnah. Dan Emir, suami yang berjanji sumpah setia. '

Emir Azki. Membuak-buak kemarahan Adrian terhadap lelaki itu.

" Tak guna!! Inak pergi bersemuka dengan Emir."

Segera Erserafina Imani menarik tangan Adrian Franz, menghalangnya pergi dari situ.

" Tolong lah Adry, Tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Jika ini takdir Sera, Sera pasrah menerima nya."

Adrian tersentak takala tangannya disentuh lembut oleh Sera. Langkahnya segera terhenti. Dia tidak jadi untuk meninggalkan wanita comel itu. Sebaliknya, dia kembali duduk disisi Sera yang masih lagi menangis. Simpati terhadap bekas tunangannya kian menggunung. Airmata yang masih bersisa dimata Sera, diseka dengan ibu jarinya. Adrian membelai rambut Sera dengan penuh kasih dan sayang, cuma menenangkan emosi Sera.

" Adrian..."

" Hmmm.."

Adrian menyahut ringkas sambil memeluk erat bahu Sera. Bibirnya dilekatkan pada rambut ikal milik Sera.

" Boleh tolong Sera tak? "

Adrian memandang wajah Sera. Dia mengelus lembut pipi Sera yang bersih, bebas dari ancaman jerawat.

" Tolong apa Sayang? Kalau kena dengan permintaannya, InsyaAllah I akan tolong you."

"  Tolong sediakan tiket penerbangan untuk Sera. "

Adrian terkejut dengan permintaan Sera.

" Sayang nak pergi mana?"

Erserafina Dania Imani tersenyum kelat.

" Jauh dari sini.. "

( pic takde kena mengena dengan cerita Sel nie, juz hiasan semata-mata :D )