Friday 28 March 2014

Kerana Sebuah Janji

Kerana Sebuah Janji adalah karya pertama Sel. Since I'm so into malay novels, so tetiba macam dating interest untuk menulis. Tapi Sel menulis bukan untuk tatapan umum sebabnya menguasaan bahasa melayu Sel tak begitu baik. Nak menulis ni pun terasa sesak nafas ku. hehe. tapi sebab dah minat kan, so Sel cuba2 jer lah. No 'homework' nothing. Apa yang terlintas di kepala otak, itu lah yang Sel tulis. Apa yang bakal Sel post ni adalah salah satu adegan dalam ' Kerana Sebuah Janji '. Maaf lah kalau sama macam karangan budak2 sekolah. I'm no writer. :D


" Abang tolong jangan tinggalkan Sera! Abang jangan pergi. Sera perlukan abang. ABANG!!! "

Tersentak Adrian Franz dari lena takala terdengar jeritan Erserafina Dania Imani yang meronta-ronta di dalam tidurnya. Dia yang setia menemani Sera sejak wanita itu di masukkan ke hospital. Mengingatkan kembali kisah yang terjadi petang tadi membuatkan jejaka tampan itu mengeluh panjang.

Adrian sedang dalam perjalanan untuk menjemput bakal isterinya petang itu. Mereka telah membuat temu janji dengan pereka pakaian terkenal di K.L yang telah menaja busana perkahwinan bakal mempelai muda itu. Hari bersejerah mereka akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Biasanya, Adrian Franz akan mengambil ' jalan dalam' untuk ke rumah tunangnya itu. Adrian gemar mencuci mata dengan permandangan indah suasana perkampungan di kelilingi sawah padi yang menghijau. Seronok dia melihat petani-petani yang tekun melakukan kerja mereka. Cuaca yang panas tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk menuai padi. Sekali-sekala kelihatan petani mengeluarkan kerbau dari kandangnya untuk pergi membajak sawah. Permandangan itu mendamaikan jiwa Adrian. Sesuatu yang tidak dapat dinikmatinya di Bandar Kota Singa yang serba modern. Melihat bangunan-bangunan tinggi serta jalan raya yang penuh sesak menyakitkan matanya.
 
Oleh kerana dia sudah terlewat untuk menjemput tunangnya itu, Adrian Franz mengunakan jalan 'shortcut' melintasi di kawasan Villa milik keluarga Emir Azki. Telipon bimbitnya yang tak berhenti berdering membuatkan Adrian menjadi rimas. Ingin saja dia melontar keluar telipon bimbitnya itu. Baru lah aman sikit agaknya.

Sewaktu kereta BMW nya melintasi Villa keluarga Emir, Adrian terlihat kelibat seseorang sedang berjalan longlai dalam keadaan hujan yang lebat. Basah lecun wanita itu kerana tidak mengunakan payung. Adrian tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas kerana hujan yang lebat seakan mengaburi penglihatannya. Namun bila diperhatikan dengan lebih teliti, dia  dapat menangkap wajah wanita tersebut.

" Sera?? Ya Allah, Sera!! "

Bagaikan ingin gugur jantungnya apabila melihat tubuh kecil Erserafina Imani rebah ke bumi. Segera dia keluar dari keretanya untuk pergi mendapatkan wanita itu tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang basah kuyup.

Akhirnya, dia terpaksa membatalkan temu janji itu. Dia tahu tunangnya berkecil hati tetapi apakan daya. Sera memerlukan bantuannya tika dan saat it.

" Astagfirullahhaladzim.."

Erserafina Imani mengucap panjang sekali gus menghentikan lamunan Adrian Franz. Sera terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingnya. Dia meneliti setiap penjuru bilik itu dengan ekor matanya.

" Syukur lah Sera dah sedar. You buat I risau sangat. Sakit lagi tak kepala you tu? "

Sepontan tangan Sera memegang kepalanya yang telah dibalut. Kemudian dia mengelengkan kepalanya sambil tersenyum hambar. Sebenarnya, kepala Sera terasa denyutan-denyutan kecil tetapi dia terpaksa berbohong. Sera tidak mahu menambahkan kerisauan yang jelas terpancar di wajah Adrian.

Adrian menghela nafas lega. Sungguh dia berasa cemas bila melihat darah yang mengalir dari dahi Sera apabila dia pergi mendapatkan wanita itu yang tiba -tiba pengsan di luar kediaman milik keluarga suaminya.

" Sera berada dimana sekarang ini? "

" Di hospital, sayang.."

Ringkas dan lembut saja jawapan Adrian Franz. Dia mengusap perlahan jari jemari Sera.  ' Sayang' itu lah panggilan manja Adrian buat Sera ketika mereka masih lagi berada dalam ikatan pertunangan dulu. Dan perkataan sayang itu masih mekar setia di bibir buat wanita itu walaupun tali pertunangan di antara mereka telah lama terlerai. Sudah berkali-kali Sera menegur perbuatan Adrian yang di anggap keterlaluan namun lelaki itu tetap berdegil. Sengaja dia ingin membuat Sera marah. Sera memang kelihatan comel bila merajuk dengan muncung itiknya yang sedepa.Pernah beberapa kali dirasakan tembok iman nya bakal runtuh setiap kali Sera mendepakan muncung bibirnya. Mahu saja dicium bibir Sera yang berbentuk cantik itu. Tetapi segera dia menepis jauh perasaan itu. Erserafina Imani bukan lah seperti gadis-gadis lain yang pernah mendampinginya. Mereka semua kalah dengan godaan Adrian Franz, seorang playboy terkenal di Singapura. Berkali sudah dia cuba mengoda Sera, namun hati wanita itu tak pernah cair dengan ayat-ayat jiwang si pencinta wanita kacukan melayu-itali itu.

Walaupun mereka telah lama berpisah, tetapi Adrian akui perasaan sayang itu masih lagi tersisa buat bekas tunangnya  walaupun hakikatnya Sera sudah dimiliki lelaki lain dan dia sendiri bakal menjadi suami kepada Marina, tunanganya kini.

' Sungguh bertuah Emir Azki  dapat memperisterikan wanita sebaik  Erserafina Dania Imani.' hatinya berbisik syaduh.

" Hospital?? "

Erserafina Imani menjadi cemas. Kedua tangannya mengusap-usap perutnya yang semakin memboncit.

" Don't worry, sayang. Doktor kata baby you sihat. Congrats.. Tak lama lagi dapat la adik si Aizrini tu. Hidup you semakin bahagia Sera, and I'm happy for you."

' Bukan kebahagian yang aku rasakan, Adrian. Tapi aku sedang menanggung sengsara yang amat sangat. Aku menderita Adry. Cukup menderita. '

Ucapan itu bagaikan tidak terluah. Hanya mampu berkata-kata di dalam hatinya yang sudah retak seribu. Menitis jua airmata yang cuba di tahan sejak tadi.

" Hey, kenapa menangis ni, Sera? Whats wrong? "

Adrian Franz mula panik melihat Sera yang tiba-tiba menangis. Adakah dia telah berkata sesuatu yang telah membuatkan hati wanita itu terasa hati?

Erserafina Imani hanya diam membisu, merenung wajah Adrian Franz yang kini telah beralih tempat duduknya di atas katil, betul-betul di tepinya.

" I call Emir ya."

" Jangan telipon dia, please."

" Tapi dia perlu tahu Sera berada di hospital sekarang ni. He is probably looking all over for you. Mesti dia tengah risau fikirkan Sera."

Pelik. Adrian cukup hairan dengan pemintaan Sera. Setiap wanita yang sudah berumah-tangga pasti inginkan suami mereka berada di samping mereka saat mereka berada di dalam keadaan kurang upaya. Mereka pastinya dambakan perhatian serta belaian manja sang suami. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang sorang ni. Mengapa Sera tidak mahu suaminya mengetahui di mana dia berada sekarang ni. Adrian berpendapat mungkin kesan hentakkan di kepala Sera membuatkan nya tidak dapat berfikir dengan jelas.

" Dia tidak perlu tahu dimana Sera berada sekarang. Kalau pun dia tahu, dia tidak akan pedulikan Sera."

Adrian Franz mengerutka dahinya tanda kurang faham.

" Apa yang Sayang mengarut ni? Mesti lah Emir pedulikan Sera. Sera ni kan isteri dia. Dan sekarang ini, Sera sedang mengandungkan anak dia."

 Adrian Franz mengeluh. Dia kemudian memeluk erat bahu Erserafina Imani.

" Kenapa Sera tiba-tiba emo ni? Pembawakan budak ke? Sayang rehat dulu. I call Emir sekejap. "

Adrian Franz memegang kedua-dua bahu Sera untuk mendorongnya kebelakang supaya Sera dapat berbaring dan merehatkan dirinya. Ketika dia menyelimutkan Sera hingga ke paras bahu, anak mata mereka bertentangan. Renungan mata Sera membuatkan degupan jantung Adrian lari dari rentak asal. Lintang pukang dibuatnya. Sera pula hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Firikannya serabut memikirkan nasib nya sekarang ini.

' Wahai hati, cubalah untuk bertenang. Perasaan cinta itu tak sepatutnya hadir lagi.' desis Adrian untuk hatinya yang mula gundah gulana itu.

Adrian Franz mengeluarkan telifon bimbit di dalam kocek seluarnya dan mencari nombor telifon Emir di dalam senarai kontak beliau.

" Hel...."

" Dia bukan lagi suami Sera!"

Melopong mulut Adrian mendengar kenyataan Sera itu. Segera dia mematikan panggilan telifon tanpa menghiraukan suara yang berada di hujung talian.

" What's going on Sayang? Am I missing something? Kenapa Emir bukan lagi suami Sera? "

Erserafina Imani hanya diam seribu bahasa. Dia  menundukkan wajahnya. Airmata yang masih lagi mengalir dipipi dia biarkan saja.

Adrian mengeluh lagi. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia mati kutu sendiri setelah persoalannya tidak dijawap. Adrian mencapai kedua-dua tangan wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. dia mengusap lembut jari jemari Sera. Kemudian Adrian meletakan jarinya pada dagu Sera. Perlahan dagu wanita itu diangkat supaya dia dapat melihat seraut wajah yang dulu membuat malamnya kesiangan. Sekali lagi anak mata mereka bertentangan. Dan sekali lagi jantung Adrian Franz berdegup kencang namun dia sedaya upaya berlagak tenang.

Sepasang mata cantik milik Sera sudah hilang serinya. Sayu hati Adrian melihat mata Sera yang merah dan sembab akibat terlalu banyak menangis. Lama Adrian menatap wajah Sera. Dia Sedar rasa cinta untuk bekas wanita itu tak pernah pudar dari hatinya.

" Sayang, kita dah kenal bukan sehari dua. Kita dah berkawan lama. You can trust me with al your problems. You percayakan I kan, Sayang? Now, tell me what happened between you and Emir."

Percaya? Kalau sewaktu di zaman Uni dulu, memang susah untuk mempercayai lelaki buaya darat yang bernama Adrian Farish Franz. Manis di bibir tapi semua itu hanya sandiwara semata-mata. Namun semenjak mereka berpisah, Adrian mula berubah. Dia tidak lagi berfoya-foya dengan gadis-gadis yang dikenalinya di kelab-kelab hiburan. Dia juga sudah mula membantu papanya mengendalikan hal-hal syarikat. Sera tidak pernah lupa akan jasa baik Adrian membantunya disaat Sera dibuang keluarga sendiri akibat keterlanjuran yang dilakukannya bersama kekasih hati Aizam Zaifran, hingga terlahirnya puteri mereka, Aizrini Damia Zaifani. Adrian yang menolongnya untuk mendapatkan tempat teduh serta memberikan pekerjaan untuk menyara hidup takala Aizam hilang entah kemana.

Adrian menghelakan nafas lega apabila Sera akur dengan permintaannya.

Adrian Franz mengucap panjang setelah Sera menghabiskan ceritanya. Dia menjadi berang dengan Emir Azki tetapi cuba untuk mengawal perasaan amarahnya.

" Emir tak mengaku anak yang Sera kandungkan ini adalah anak dari benihnya. Dia kata anak ini anak haram. Anak hasil dari hubungan sulit Sera dengan lelaki lain. Percayalah Adry, Sera tak pernah berlaku curang terhadap Emir. Tak pernah terlintas pun untuk menduakannya. Srra diperangkap. Sera di fitnah. Anak ini anak Emir. Sera yakin sangat."

Semakin laju airmata Sera menangisi nasib anak yang bakal dilahirkan kelak. Sudah lah Aizrini lahir tanpa papanya disisi. Dan Sekarang adiknya pula bakal menerima nasib yang serupa.

Adrian yakin yang Sera tidak akan pernah berlaku curang terhadap pasangannya. Sera adalah seorang pencinta yang setia. Cintanya tak mungkin beralih arah dengan mudah. Semasa dlam tempoh pertunangan dulu, Sera masih setia bersama Adrian walaupun dia sudah berkali-kali menyakiti hati wanita itu dengan perinsip hidupnya yang tak pernah puas dengan satu perempuan. Dia masih lagi berada disamping lelaki itu apabila Adrian telah dicekup oleh Majlis Jabatan Agama Islam keran bersekedudukan dengan wanita yang bukan muhrim. Bila keadaan mula mendesak, barulah Sera meminta untuk memutuskan untuk berpisah kerana wanita yang tiduri Adrian telah di sahkan hamil. Sera mahu Adrian bertanggung jawab diatas perbuatannya.

Kesungguhan Erserafina Dania Imani menanti kehadiran Aizam Zaifran setelah tiga tahu lelaki itu tanpa berita, adalah satu lagi bukti bahawa Sera setia pada sebuah perhubungan. Tidak terlihat ke oleh Emir Azki kesetiaan Sera terhadap Aizam, yang kini telah menjadi abang iparnya itu. Setianya Sera pada Aizam membuat kan begitu sulit untuk Emir memiliki hati wanita itu. Setelah segala usahanya membuahkan hasil, cinta dibalas dengan cinta tetapi akhirnya Emir tegar menghancurkan hati Sera.

Kenapalah hati wanita itu sering kali disakiti oleh insan-insan yang disayanginya. Sera hanya ingin mencintai dan dicintai. Dia hanya ingin hidup bahagia bersama orang tercinta. Tapi kasihan nya Sera, bukan sinar kebahagian yang dirasai tetapi dugaan demi dugaan yang harus ditempuhi.

' Sayang hatimu retak ditangan tiga lelakiyang kau cintai. Aku, bekas tunangan mu. Aizam, lelaki yang membuat pelamin angan mu musnah. Dan Emir, suami yang berjanji sumpah setia. '

Emir Azki. Membuak-buak kemarahan Adrian terhadap lelaki itu.

" Tak guna!! Inak pergi bersemuka dengan Emir."

Segera Erserafina Imani menarik tangan Adrian Franz, menghalangnya pergi dari situ.

" Tolong lah Adry, Tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Jika ini takdir Sera, Sera pasrah menerima nya."

Adrian tersentak takala tangannya disentuh lembut oleh Sera. Langkahnya segera terhenti. Dia tidak jadi untuk meninggalkan wanita comel itu. Sebaliknya, dia kembali duduk disisi Sera yang masih lagi menangis. Simpati terhadap bekas tunangannya kian menggunung. Airmata yang masih bersisa dimata Sera, diseka dengan ibu jarinya. Adrian membelai rambut Sera dengan penuh kasih dan sayang, cuma menenangkan emosi Sera.

" Adrian..."

" Hmmm.."

Adrian menyahut ringkas sambil memeluk erat bahu Sera. Bibirnya dilekatkan pada rambut ikal milik Sera.

" Boleh tolong Sera tak? "

Adrian memandang wajah Sera. Dia mengelus lembut pipi Sera yang bersih, bebas dari ancaman jerawat.

" Tolong apa Sayang? Kalau kena dengan permintaannya, InsyaAllah I akan tolong you."

"  Tolong sediakan tiket penerbangan untuk Sera. "

Adrian terkejut dengan permintaan Sera.

" Sayang nak pergi mana?"

Erserafina Dania Imani tersenyum kelat.

" Jauh dari sini.. "

( pic takde kena mengena dengan cerita Sel nie, juz hiasan semata-mata :D )

Sunday 23 March 2014

Aku Kau Dia -prolog dan bab 1






Prolog

Antara Ariana dan Zayyid bukan kisah cinta pandang pertama.
Hari-hari pasti berjumpa disebabkan mereka bertugas satu pejabat.

Dalam meeting berjumpa,nak pergi makan pun berjumpa,tapi kalau pergi toilet memang tak kan terjumpa lah :).

Tapi hairan,mereka tak pernah bertegur sapa.

Ia...Betul!Tak percaya? Lantak!

Erti kata lain malu...malu nak mulakan.
Eh nanti,bukan!...Bukan Ariana yang malu,tapi Zayyid yang malu nak mulakan.
Memang dah nak terbalik dunia ni agaknya ya??

Kalau Zayyid nampak Ariana,pasti cepat-cepat tunduk dan sembunyikan muka...
Nak kata tak handsome..dah terlebih handsome lah pulak.

Malulah konon....!
Padahal hati dah suka,suka tau bukan cinta..

Zayyid Haqimi...nice name kan!
Tough guy macam Taufik Batisah.
Handsome pun lebih dari Taufik Batisah.
Macho pun pasti lagi lebih dari Taufik Batisah jugak tapi 
Problem sikit.
Dia kan...memang pemalu.Yang ni baru sebiji macam Taufik Batisah!!!
Lagi-lagi dengan gadis seperti Ariana Imani.

Ariana Imani...nice and sweet name kan!
Sweet lady mcm Nur Fazura.
Pretty pun lebih dari Nur Fazura.
Sexy pun macam Nur Fazura jugak tapi 
No Problem.
Dia...Gadis sempoi dan ceria.Dalam apa pun keadaan dia memang senang sesuaikan diri.


Bab 1
 
"Assalamualaikum and good morning semua!"
 
Seperti biasa dengan ceria , Ariana akan menyapa teman sepejabatnya setiap pagi..

Dari pantry,Zayyid mengintai empunya suara yang ceria itu..... Ariana...
Sambil berkata...

"Eh dah sampai adik abang."

"Nak buat ke tak eh?"

"Nak ke dia?"

"Klau dia reject macamana?"

Dari sebelum Ariana sampai lagi,

Zayyid bertekad yang hari ini dia akan mula kan dulu untuk menegur Ariana...
Mula2 sebelum mula tugas...Kita Minum Dulu!!!

Dengan semangat yang kental,Zayyid masuk ke pejabat Ariana.

"Assalamualaikum Cik Ariana."

Tanpa melihat empunya suara yang memberi salam ,Ariana pun menjawab...

"Waalaikumsalam Abg!"

Hahaha...hampir terlepas cawan dari tangan Zayyid.

"Opocot!!!"Zayyid,melatah!

Abg Macho melatah..

Tertoleh Ariana,sangka nya tadi abg despatch.

Rupa nya Abg Macho.

"Eh sorry Encik Zayyid, I ingat abg despatch tadi."

"It's ok. Tak tumpah pun."

Zayyid menghulur cawan Hello Kitty pada Ariana...

"Ni saya ada  'terbuat' kopi lebih, tu yang singgah sini."

Huh!!!Bila masa Abang Macho jadi tea lady.

Dengan senyuman yang memang manis Ariana menyambut huluran cawan dari
Zayyid.

Dalam hati Ariana tertanya-tanya  ,mimpi apa Zayyid 'terbuat' kopi untuk dia.??

Pelik tapi Benar.

Malu dek ditenung pelik oleh Ariana, Zayyid minta diri untuk keluar.

"Saya keluar dulu Cik Ariana."

"Eh nanti Encik Zayyid,terima kasih dan panggil je I..Ariana. Tak yah lah formal sangat,kekok I." Balas Ariana. Lembut...

Jantung Zayyid, tak payah nak kata....berdetak tak bertempo!

"hah! Ok..."

Ler...sengal punya jawapan.

Zayyid...Zayyid.










Saturday 22 March 2014

Newbie in blog writing

Assalamualaikum!


Belajar tinggi tinggi sampai ke menara gading. Tapi bila kene tulis dalam blog, merangkak rangkak! Hehehehe! Tapi InshaAllah, dengan adanya Cikgu Fir untuk berikan turorial via Whatsapp, Shidah, Sel & saya akan pandai jugak pakai blog.

Anyway, hari ini saya nak cuba upload gambar pulak dlm post ni. Harap harap menjadi lah. Tak tau nak upload gambar apa so saya nak upload la gambar hero & heroine peberet (Favourite) pencinta novel berempat ini.

Dalam banyak banyak drama, drama tiga ni lah yang buat saya gila bayangkan hero nya. Dulu actually saya tak la berapa minat ikut drama drama Melayu. Tapi bila tengok Setia Hujung Nyawa, terus tersangkut sampai sekarang ni. Suka sangat tengok Ersalina & Zain Hakimi. Lepas tu, saya angau Irham & Zara pulak. Then Ariana & Tengku Adam. Sampai sekarang saya masih gilakan Tengku Adam Kamil tau.

Okaylah! Uols enjoy tgk gambar gambar ni ok. Lain kali celoteh lagi. Assalamualaikum!

Posted by Yati


Hero Idaman PencintaNovel


Kami si Pencinta Novel tak tido malam sebab angau kan si Hero Malaya ni.. Beliau sering kali buat kitaorg sesak nafas  esp bila melihat senyuman nya yg manis bak madu lebah tu. Tapi tak boleh lah tengok lama2. Boleh dapat kencing manis weii.. KF hero kami! Anda bagaimana? hehe



Posted by : Sel

Friday 21 March 2014

Orang jakun tengah nak recci recci.

Assalamualiakum! Setelah saya clik sana, clik sini, akhirnya jumpa jugak page ni. Maklumlah, first time ever to write in a blog. Terima kasih to Fir sebab susah payah create blog ni untuk si pencinta novel.

Anyway, ini saya nak test test aje. I ingatkan uols dah buat entry pasal Zayyid, Ariana & Qarissa. Cari2 tak de pun.

Posted by Yati

Thursday 20 March 2014

First Moment

Assalamualaikum dan Hello Readers!

Start for this picture ya for testing Entry ya :)