Friday 28 March 2014

Kerana Sebuah Janji

Kerana Sebuah Janji adalah karya pertama Sel. Since I'm so into malay novels, so tetiba macam dating interest untuk menulis. Tapi Sel menulis bukan untuk tatapan umum sebabnya menguasaan bahasa melayu Sel tak begitu baik. Nak menulis ni pun terasa sesak nafas ku. hehe. tapi sebab dah minat kan, so Sel cuba2 jer lah. No 'homework' nothing. Apa yang terlintas di kepala otak, itu lah yang Sel tulis. Apa yang bakal Sel post ni adalah salah satu adegan dalam ' Kerana Sebuah Janji '. Maaf lah kalau sama macam karangan budak2 sekolah. I'm no writer. :D


" Abang tolong jangan tinggalkan Sera! Abang jangan pergi. Sera perlukan abang. ABANG!!! "

Tersentak Adrian Franz dari lena takala terdengar jeritan Erserafina Dania Imani yang meronta-ronta di dalam tidurnya. Dia yang setia menemani Sera sejak wanita itu di masukkan ke hospital. Mengingatkan kembali kisah yang terjadi petang tadi membuatkan jejaka tampan itu mengeluh panjang.

Adrian sedang dalam perjalanan untuk menjemput bakal isterinya petang itu. Mereka telah membuat temu janji dengan pereka pakaian terkenal di K.L yang telah menaja busana perkahwinan bakal mempelai muda itu. Hari bersejerah mereka akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Biasanya, Adrian Franz akan mengambil ' jalan dalam' untuk ke rumah tunangnya itu. Adrian gemar mencuci mata dengan permandangan indah suasana perkampungan di kelilingi sawah padi yang menghijau. Seronok dia melihat petani-petani yang tekun melakukan kerja mereka. Cuaca yang panas tidak sedikit pun menjejaskan semangat mereka untuk menuai padi. Sekali-sekala kelihatan petani mengeluarkan kerbau dari kandangnya untuk pergi membajak sawah. Permandangan itu mendamaikan jiwa Adrian. Sesuatu yang tidak dapat dinikmatinya di Bandar Kota Singa yang serba modern. Melihat bangunan-bangunan tinggi serta jalan raya yang penuh sesak menyakitkan matanya.
 
Oleh kerana dia sudah terlewat untuk menjemput tunangnya itu, Adrian Franz mengunakan jalan 'shortcut' melintasi di kawasan Villa milik keluarga Emir Azki. Telipon bimbitnya yang tak berhenti berdering membuatkan Adrian menjadi rimas. Ingin saja dia melontar keluar telipon bimbitnya itu. Baru lah aman sikit agaknya.

Sewaktu kereta BMW nya melintasi Villa keluarga Emir, Adrian terlihat kelibat seseorang sedang berjalan longlai dalam keadaan hujan yang lebat. Basah lecun wanita itu kerana tidak mengunakan payung. Adrian tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas kerana hujan yang lebat seakan mengaburi penglihatannya. Namun bila diperhatikan dengan lebih teliti, dia  dapat menangkap wajah wanita tersebut.

" Sera?? Ya Allah, Sera!! "

Bagaikan ingin gugur jantungnya apabila melihat tubuh kecil Erserafina Imani rebah ke bumi. Segera dia keluar dari keretanya untuk pergi mendapatkan wanita itu tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang basah kuyup.

Akhirnya, dia terpaksa membatalkan temu janji itu. Dia tahu tunangnya berkecil hati tetapi apakan daya. Sera memerlukan bantuannya tika dan saat it.

" Astagfirullahhaladzim.."

Erserafina Imani mengucap panjang sekali gus menghentikan lamunan Adrian Franz. Sera terpinga-pinga melihat keadaan sekelilingnya. Dia meneliti setiap penjuru bilik itu dengan ekor matanya.

" Syukur lah Sera dah sedar. You buat I risau sangat. Sakit lagi tak kepala you tu? "

Sepontan tangan Sera memegang kepalanya yang telah dibalut. Kemudian dia mengelengkan kepalanya sambil tersenyum hambar. Sebenarnya, kepala Sera terasa denyutan-denyutan kecil tetapi dia terpaksa berbohong. Sera tidak mahu menambahkan kerisauan yang jelas terpancar di wajah Adrian.

Adrian menghela nafas lega. Sungguh dia berasa cemas bila melihat darah yang mengalir dari dahi Sera apabila dia pergi mendapatkan wanita itu yang tiba -tiba pengsan di luar kediaman milik keluarga suaminya.

" Sera berada dimana sekarang ini? "

" Di hospital, sayang.."

Ringkas dan lembut saja jawapan Adrian Franz. Dia mengusap perlahan jari jemari Sera.  ' Sayang' itu lah panggilan manja Adrian buat Sera ketika mereka masih lagi berada dalam ikatan pertunangan dulu. Dan perkataan sayang itu masih mekar setia di bibir buat wanita itu walaupun tali pertunangan di antara mereka telah lama terlerai. Sudah berkali-kali Sera menegur perbuatan Adrian yang di anggap keterlaluan namun lelaki itu tetap berdegil. Sengaja dia ingin membuat Sera marah. Sera memang kelihatan comel bila merajuk dengan muncung itiknya yang sedepa.Pernah beberapa kali dirasakan tembok iman nya bakal runtuh setiap kali Sera mendepakan muncung bibirnya. Mahu saja dicium bibir Sera yang berbentuk cantik itu. Tetapi segera dia menepis jauh perasaan itu. Erserafina Imani bukan lah seperti gadis-gadis lain yang pernah mendampinginya. Mereka semua kalah dengan godaan Adrian Franz, seorang playboy terkenal di Singapura. Berkali sudah dia cuba mengoda Sera, namun hati wanita itu tak pernah cair dengan ayat-ayat jiwang si pencinta wanita kacukan melayu-itali itu.

Walaupun mereka telah lama berpisah, tetapi Adrian akui perasaan sayang itu masih lagi tersisa buat bekas tunangnya  walaupun hakikatnya Sera sudah dimiliki lelaki lain dan dia sendiri bakal menjadi suami kepada Marina, tunanganya kini.

' Sungguh bertuah Emir Azki  dapat memperisterikan wanita sebaik  Erserafina Dania Imani.' hatinya berbisik syaduh.

" Hospital?? "

Erserafina Imani menjadi cemas. Kedua tangannya mengusap-usap perutnya yang semakin memboncit.

" Don't worry, sayang. Doktor kata baby you sihat. Congrats.. Tak lama lagi dapat la adik si Aizrini tu. Hidup you semakin bahagia Sera, and I'm happy for you."

' Bukan kebahagian yang aku rasakan, Adrian. Tapi aku sedang menanggung sengsara yang amat sangat. Aku menderita Adry. Cukup menderita. '

Ucapan itu bagaikan tidak terluah. Hanya mampu berkata-kata di dalam hatinya yang sudah retak seribu. Menitis jua airmata yang cuba di tahan sejak tadi.

" Hey, kenapa menangis ni, Sera? Whats wrong? "

Adrian Franz mula panik melihat Sera yang tiba-tiba menangis. Adakah dia telah berkata sesuatu yang telah membuatkan hati wanita itu terasa hati?

Erserafina Imani hanya diam membisu, merenung wajah Adrian Franz yang kini telah beralih tempat duduknya di atas katil, betul-betul di tepinya.

" I call Emir ya."

" Jangan telipon dia, please."

" Tapi dia perlu tahu Sera berada di hospital sekarang ni. He is probably looking all over for you. Mesti dia tengah risau fikirkan Sera."

Pelik. Adrian cukup hairan dengan pemintaan Sera. Setiap wanita yang sudah berumah-tangga pasti inginkan suami mereka berada di samping mereka saat mereka berada di dalam keadaan kurang upaya. Mereka pastinya dambakan perhatian serta belaian manja sang suami. Tetapi berlainan pula dengan wanita yang sorang ni. Mengapa Sera tidak mahu suaminya mengetahui di mana dia berada sekarang ni. Adrian berpendapat mungkin kesan hentakkan di kepala Sera membuatkan nya tidak dapat berfikir dengan jelas.

" Dia tidak perlu tahu dimana Sera berada sekarang. Kalau pun dia tahu, dia tidak akan pedulikan Sera."

Adrian Franz mengerutka dahinya tanda kurang faham.

" Apa yang Sayang mengarut ni? Mesti lah Emir pedulikan Sera. Sera ni kan isteri dia. Dan sekarang ini, Sera sedang mengandungkan anak dia."

 Adrian Franz mengeluh. Dia kemudian memeluk erat bahu Erserafina Imani.

" Kenapa Sera tiba-tiba emo ni? Pembawakan budak ke? Sayang rehat dulu. I call Emir sekejap. "

Adrian Franz memegang kedua-dua bahu Sera untuk mendorongnya kebelakang supaya Sera dapat berbaring dan merehatkan dirinya. Ketika dia menyelimutkan Sera hingga ke paras bahu, anak mata mereka bertentangan. Renungan mata Sera membuatkan degupan jantung Adrian lari dari rentak asal. Lintang pukang dibuatnya. Sera pula hanya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Firikannya serabut memikirkan nasib nya sekarang ini.

' Wahai hati, cubalah untuk bertenang. Perasaan cinta itu tak sepatutnya hadir lagi.' desis Adrian untuk hatinya yang mula gundah gulana itu.

Adrian Franz mengeluarkan telifon bimbit di dalam kocek seluarnya dan mencari nombor telifon Emir di dalam senarai kontak beliau.

" Hel...."

" Dia bukan lagi suami Sera!"

Melopong mulut Adrian mendengar kenyataan Sera itu. Segera dia mematikan panggilan telifon tanpa menghiraukan suara yang berada di hujung talian.

" What's going on Sayang? Am I missing something? Kenapa Emir bukan lagi suami Sera? "

Erserafina Imani hanya diam seribu bahasa. Dia  menundukkan wajahnya. Airmata yang masih lagi mengalir dipipi dia biarkan saja.

Adrian mengeluh lagi. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Dia mati kutu sendiri setelah persoalannya tidak dijawap. Adrian mencapai kedua-dua tangan wanita yang pernah dicintainya suatu ketika dahulu. dia mengusap lembut jari jemari Sera. Kemudian Adrian meletakan jarinya pada dagu Sera. Perlahan dagu wanita itu diangkat supaya dia dapat melihat seraut wajah yang dulu membuat malamnya kesiangan. Sekali lagi anak mata mereka bertentangan. Dan sekali lagi jantung Adrian Franz berdegup kencang namun dia sedaya upaya berlagak tenang.

Sepasang mata cantik milik Sera sudah hilang serinya. Sayu hati Adrian melihat mata Sera yang merah dan sembab akibat terlalu banyak menangis. Lama Adrian menatap wajah Sera. Dia Sedar rasa cinta untuk bekas wanita itu tak pernah pudar dari hatinya.

" Sayang, kita dah kenal bukan sehari dua. Kita dah berkawan lama. You can trust me with al your problems. You percayakan I kan, Sayang? Now, tell me what happened between you and Emir."

Percaya? Kalau sewaktu di zaman Uni dulu, memang susah untuk mempercayai lelaki buaya darat yang bernama Adrian Farish Franz. Manis di bibir tapi semua itu hanya sandiwara semata-mata. Namun semenjak mereka berpisah, Adrian mula berubah. Dia tidak lagi berfoya-foya dengan gadis-gadis yang dikenalinya di kelab-kelab hiburan. Dia juga sudah mula membantu papanya mengendalikan hal-hal syarikat. Sera tidak pernah lupa akan jasa baik Adrian membantunya disaat Sera dibuang keluarga sendiri akibat keterlanjuran yang dilakukannya bersama kekasih hati Aizam Zaifran, hingga terlahirnya puteri mereka, Aizrini Damia Zaifani. Adrian yang menolongnya untuk mendapatkan tempat teduh serta memberikan pekerjaan untuk menyara hidup takala Aizam hilang entah kemana.

Adrian menghelakan nafas lega apabila Sera akur dengan permintaannya.

Adrian Franz mengucap panjang setelah Sera menghabiskan ceritanya. Dia menjadi berang dengan Emir Azki tetapi cuba untuk mengawal perasaan amarahnya.

" Emir tak mengaku anak yang Sera kandungkan ini adalah anak dari benihnya. Dia kata anak ini anak haram. Anak hasil dari hubungan sulit Sera dengan lelaki lain. Percayalah Adry, Sera tak pernah berlaku curang terhadap Emir. Tak pernah terlintas pun untuk menduakannya. Srra diperangkap. Sera di fitnah. Anak ini anak Emir. Sera yakin sangat."

Semakin laju airmata Sera menangisi nasib anak yang bakal dilahirkan kelak. Sudah lah Aizrini lahir tanpa papanya disisi. Dan Sekarang adiknya pula bakal menerima nasib yang serupa.

Adrian yakin yang Sera tidak akan pernah berlaku curang terhadap pasangannya. Sera adalah seorang pencinta yang setia. Cintanya tak mungkin beralih arah dengan mudah. Semasa dlam tempoh pertunangan dulu, Sera masih setia bersama Adrian walaupun dia sudah berkali-kali menyakiti hati wanita itu dengan perinsip hidupnya yang tak pernah puas dengan satu perempuan. Dia masih lagi berada disamping lelaki itu apabila Adrian telah dicekup oleh Majlis Jabatan Agama Islam keran bersekedudukan dengan wanita yang bukan muhrim. Bila keadaan mula mendesak, barulah Sera meminta untuk memutuskan untuk berpisah kerana wanita yang tiduri Adrian telah di sahkan hamil. Sera mahu Adrian bertanggung jawab diatas perbuatannya.

Kesungguhan Erserafina Dania Imani menanti kehadiran Aizam Zaifran setelah tiga tahu lelaki itu tanpa berita, adalah satu lagi bukti bahawa Sera setia pada sebuah perhubungan. Tidak terlihat ke oleh Emir Azki kesetiaan Sera terhadap Aizam, yang kini telah menjadi abang iparnya itu. Setianya Sera pada Aizam membuat kan begitu sulit untuk Emir memiliki hati wanita itu. Setelah segala usahanya membuahkan hasil, cinta dibalas dengan cinta tetapi akhirnya Emir tegar menghancurkan hati Sera.

Kenapalah hati wanita itu sering kali disakiti oleh insan-insan yang disayanginya. Sera hanya ingin mencintai dan dicintai. Dia hanya ingin hidup bahagia bersama orang tercinta. Tapi kasihan nya Sera, bukan sinar kebahagian yang dirasai tetapi dugaan demi dugaan yang harus ditempuhi.

' Sayang hatimu retak ditangan tiga lelakiyang kau cintai. Aku, bekas tunangan mu. Aizam, lelaki yang membuat pelamin angan mu musnah. Dan Emir, suami yang berjanji sumpah setia. '

Emir Azki. Membuak-buak kemarahan Adrian terhadap lelaki itu.

" Tak guna!! Inak pergi bersemuka dengan Emir."

Segera Erserafina Imani menarik tangan Adrian Franz, menghalangnya pergi dari situ.

" Tolong lah Adry, Tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Jika ini takdir Sera, Sera pasrah menerima nya."

Adrian tersentak takala tangannya disentuh lembut oleh Sera. Langkahnya segera terhenti. Dia tidak jadi untuk meninggalkan wanita comel itu. Sebaliknya, dia kembali duduk disisi Sera yang masih lagi menangis. Simpati terhadap bekas tunangannya kian menggunung. Airmata yang masih bersisa dimata Sera, diseka dengan ibu jarinya. Adrian membelai rambut Sera dengan penuh kasih dan sayang, cuma menenangkan emosi Sera.

" Adrian..."

" Hmmm.."

Adrian menyahut ringkas sambil memeluk erat bahu Sera. Bibirnya dilekatkan pada rambut ikal milik Sera.

" Boleh tolong Sera tak? "

Adrian memandang wajah Sera. Dia mengelus lembut pipi Sera yang bersih, bebas dari ancaman jerawat.

" Tolong apa Sayang? Kalau kena dengan permintaannya, InsyaAllah I akan tolong you."

"  Tolong sediakan tiket penerbangan untuk Sera. "

Adrian terkejut dengan permintaan Sera.

" Sayang nak pergi mana?"

Erserafina Dania Imani tersenyum kelat.

" Jauh dari sini.. "

( pic takde kena mengena dengan cerita Sel nie, juz hiasan semata-mata :D )

No comments:

Post a Comment