Tuesday 8 April 2014

Aku Kau Dan Dia

Bab 2

" Maafkan abang, Ariana. "

Airmata Ariana laju membasahi pipinya yang bersih. Sungguh hatinya hancur dengan berita yang baru disampaikan oleh tunangnya itu. Sedih dan kecewa yang teramat sangat. Ariana merasakan dirinya seperti terperangkap di dalam sebuah mimpi yang ngeri. Dan apabila dia terjaga dari tidurnya nanti, semua kesedihannya bakal berakhir. Tetapi malangnya, Ariana sedang berpijak pada bumi yang nyata. Realiti yang begitu pahit untuk ditelan.

" Sampai hati abang buat Ana macam ni. Majlis pernikahan kita cuma tinggal dua minggu je lagi. Kad jemputan semua telah diedarkan. Persiapan majlis perkahwinan kita hampir selesai. Tiba-tiba saja abang minta putus. Macamana Ana dan keluarga hendak berdepan dengan saudara mara. Mana kami nak sorokkan muka kami ni, bang? "

Kegairahan Ariana Imani menantikan hari bahagia yang dirasakan sejak beberapa minggu yang lalu bertukar menjadi hiba dan duka apabila tunang tersayang bertindak untuk menarik diri di saat-saat terakhir. Bergelar isteri kepada Ezad Ezairy adalah sebuah impian yang ditanamnya sepanjang tiga tahun menjadi tunang kepada lelaki itu. Tegar sungguh Ezad membuat pelamin angan nya musnah. Keperitan yang dirasai sekarang hanya Allah sahaja yang tahu.

" Abang minta maaf. "

" Begitu mudah abang melafazkan kata maaf. Minta maaf berbakul-bakul pun tak akan dapat pulihkan hati Ana yang dah abang hancurkan ni. Ana yang menanggung derita ni bang. Apa salah Ana? Kalau Ana ada sakitkan hati abang, Ana minta maaf tapi tolong lah abang, jangan tinggalkan Ana. Ana sayang sangat kat abang. 7 tahun kita bersama abang. Macamana Ana nak mengharungi hari yang mendatang tanpa abang? "

Ezad Ezairy memandang sayu wajah gadis yang amat dicintai itu. Bukan niatnya untuk menghancurkan hati Ariana. Hatinya juga turut terluka. Tidak mahu dia melepaskan Ariana pergi jauh dari hidupnya. Seperti Ariana juga, Ezad tak boleh hidup tanpa wanita yang dikasihi lebih dari nyawanya sendiri.  Tetapi apabila Ezad memikirkan akan kebahgiaan dan masa depan Ariana, dia semakin nekad dengan keputusannya.

" Sayang.. satu hari nanti, Ana akan faham kenapa abang membuat keputusan seberat ini. "

'PIN! PIN!'

Ariana tersentak dari khayalan takala terdengar bunyi hon kereta. Peristiwa hitam yang berlaku dua tahun dahulu masih segar diminda nya. Airmata yang mengalir diseka dengan ibu jari.

" Ariana.."

Ariana Imani tercari-cari suara yang memanggil namanya. Rasanya macam pernah dengar suara tu tapi dimana ya.

" Ariana Imani binte Adnan!"

" Err.. Encik Zayyid?"

" Awak dengar tak saya panggil awak tadi? "

Naik lenguh urat-urat disekitar mulut Zayyid Hakimi. Penat dia memanggil namun tak disahut oleh gadis itu. Ariana seakan berada di dunia nya sendiri.

" Minta maaf Encik Zayyid. Saya tak dengar Encik Zayyid panggil saya tadi. "

" Macamana nak dengar kalau sedang khusyuk mengelamun. Apa awak buat kat pondok teksi ni? Kereta comel awak warna pink tu mana? "

' Laa.. Macamana mamat ni boleh tahu kereta aku warna pink? Entah-entah selama ini dia dok perhatikan aku kot. ' desis Ariana di dalam hati.

" Tengok tu, termenung lagi. Ariana, mengelamun tu hobby awak ya? " Zayyid tersengih.

' Ya Allah, minah ni. Muka sikit punya jambu tapi kuat berangan la pulak. ' kata-kata yang tak mampu diluahkan oleh Zayyid. Hanya bermain dihati.

" Mana ada saya mengelamun. Saya dengar ni. Kereta saya rosak. Pagi tadi saya hantar ke workshop. Esok petang mungkin siap kut. Ni yang saya balik naik teksi ni. "

" Hmm.. jom lah. "

Ariana mengangkatkan kening nya.

" Jom? Kita nak kemana? "

Zayyid Haqimi tersenyum nakal. Tergerak dalam hatinya untuk mengusik gadis yang sedng berdiri di hadapannya.

" Ke rumah tok kadi. "

" Huh?? Ke.. kenapa nak bawa saya ke rumah to.. tok kadi?  "

Zayyid menyimpan tawanya di dalam hati. Semakin galak jejaka tampan itu ingin menyakat Ariana. Wajah kalut Ariana mencuit hatinya. Comel.

" Kita jumpa tok kadi lah. Saya nak bernikah dengan awak. Nak jadikan awak permaisuri hidup saya. Awak tak nak kawin dengan saya ke? Rugi tau tolak offer saya. Saya tak buat offer ni kat mana-mana perempuan. Ariana, kita kawin ya sayang. "

Zayyid tersenyum nakal sambil mengeyitkan matanya kepada Ariana.

" Saya.. errr... saya...."

" Hahahaha!! Rileks la Ariana. Jangan kalut sangat. Saya gurau aja lah. Hahaha. "

Bertaburan tawa Zayyid yang disimpan sejak tadi. Seronok betul dia dapat mengusik gadis manis yang bernama Ariana Imani. Tak sangka dia boleh seberani itu menyakat Ariana. Selama ini Zayyid hanya memerhatikan Ariana dari jarak jauh. Hendak menegur gadis itu, dia terasa malu. Sekali sekala saja mereka berbual secara empat mata. Itupun disebabkan hal berkaitan dengan kerja.

Dalam memerhatikan Ariana, hatinya kian terpaut. Ariana Imani seorang perempuan yang lemah lembut, cantik dan kaya dengan senyuman. Terbuai Zayyid takala memandang senyuman Ariana yang manis bak madu lebah itu. Pernah beberapa kali Ariana tersenyum padanya ketika anak mata mereka bertembung. Terasa dirinya bagaikan terapung-apung di angkasa.

" Encik Zayyid..?"

Ariana melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Zayyid Haqimi. Terasa panas membahang diwajah Ariana apabila si jejaka kacak itu memandangnya tanpa berkelip.

' Ish cakap orang kuat mengelamun. Dia pun sama jugak.' bentak Ariana di dalam hati.

" Encik Zayyid!! "

" Ah! Ya? Apa dia? "

' Ya Allah, macamana aku boleh khayal pulak ni.? Malunya.. '

Ariana bagaikan ingin ketawa melihat reaksi bosnya itu.

" Apa dia apa? "

" Eh, tak ada apa lah. Jom saya hantarkan awak balik."

Suasana di dalam kereta hanya bertemankan sepi. Ariana dan Zayyid seolah berada di dalam dunia mereka sendiri. Masing-masing hanya diam seribu bahasa. Sejak tadi, Ariana Imani hanya memandang ke luar tingkap sementara perhatian Zayyid Haqimi pula tertumpu pada memandu. Sesekali dia akan menoleh memandang Ariana berada disebelahnya.

' Takkan senyap jer '

' Kau lah yang mulakan dulu. '

' Kau lah, apa aku pulak. '

' Kau kan lelaki, jadi kau lah yang mulakan dulu. '

Kedua-dua mereka seakan sedang berbicara tetapi hanya di dalam hati. Saling tolak menolak untuk memulakan perbualan.

" Ehem.. ehem. Ariana.."

Ariana Imani menoleh memandang bosnya. Satu senyuman yang manis dihadiahkan untuk Zayyid.

Zayyid terpana. Hatinya berdebar-debar. Degupan jantungnya lari lintang pukang tapi Zayyid cuba berlagak tenang.

" Malam ni awak dating ke majlis hari lahir saya kan.?"

" Insya Allah.."

Jawab Ariana ringkas sambil mengalirkan semula pandangannya ke luar tingkap. Dia cuba untuk tidak bertentang mata dengan Zayyid. Tidak mahu lena dia buai perasaan yang bukan-bukan. Panahan mata Zayyid mendebarkan jatungnya.

" Macamnana awak nak ke majlis saya? Naik apa? Kereta awak kan rosak. Atau awak anak saya datang jemput awak malam ni?"

" Ish, Encik Zayyid kan tuan rumah. Takkan lah tuan rumah nak datang jemput tetamu untuk ke majlisnya. Tak perlu lah susahkan diri Encik Zayyid. Saya akan datang berteman."

' Berteman?? Siapa?? Boyfriend dia ke?? Aku baru saja nak mengurat dia. Kacau lah mcam ni.'
kata-kata cemas terdetik di hati Zayyid Haqimi.

"Siapa? Boyfriend?"

Mustahil si manis Ariana tidak mempunyai teman lelaki. Sudah lah dia mempunyai seraut wajah yang cantik. Pasti gadis itu menjadi pujaan ramai lelaki dan harus Zayyid Haqimi akui, dia adalah salah seorang dari berjuta yang meminati gadis yang bernama Ariana Imani binte Adnan.

" Mana lah saya ada boyfriend Encik Zayyid. Siapa la yang nak kat saya ni. Insya Allah, malam nanti saya datang dengan Dhia. "

' Fuhhhh leganyaaa...'

Zayyid Haqimi tersenyum sepanjang perjalanan ke rumah Ariana Imani.

1 comment: